Kontraktor maut kereta rempuh tiang papan tanda di Jalan Tun Razak

KERETA mangsa dipercayai merempuh tiang selepas hilang kawalan.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Kontraktor pendawaian maut rempuh tiang papan tanda

Seorang kontraktor pendawaian maut selepas tercampak keluar daripada pacuan empat roda miliknya yang terputus dua selepas merempuh tiang papan tanda di Jalan Tun Razak.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, Seow Choon Wui, 29, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning berkata kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan.

Mangsa dipercayai memandu laju dari arah Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang sebelum merempuh papan tanda itu, katanya ketika dihubungi Bernama.

Ketika kemalangan, mangsa hanya bersendirian dalam kenderaan tersebut.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.