Kisah Kucing yang masih menunggu tuannya yang sudah meninggal 7 hari

Kucing yang bernama TONY menunggu di pintu masuk pondok polis dan sering menarik perhatian orang ramai.

Setia hingga hujung nyawa boleh menggambarkan kesetiaan dua kucing jenis Benggal yang berada di sisi tuannya walaupun lelaki itu sudah tujuh hari meninggal dunia sebelum mayatnya ditemui polis, Ogos lalu.


Apa yang menyentuh perasaan, anggota polis yang menjalankan pemeriksaan di rumah berkenaan menemui kucing berkenaan berada di sisi tuannya yang sudah tidak bernyawa di ruang tamu dan membengkak dipercayai diserang penyakit ketika berada di rumah.

Kucing diberi nama Tony dan Tiger itu tinggal bersama tuannya, seorang lelaki berusia 70-an di sebuah rumah di Kota Kemuning, di sini, sebelum dia ditemui mati selepas jiran tetangga mencurigai bau busuk dari rumah berkenaan.
Kasihan melihat keadaan Tony dan Tiger yang kurus dan kelaparan, anggota dari Pondok Polis Kota Kemuning mengambil keputusan membela kucing berkenaan yang kini menjadi teman setia mereka ketika bertugas.

AHMAD bersama kucing bernama Tony yang dibela di Pondok Polis Kota Kemuning.

Ketua Pondok Polis Kota Kemuning Koperal Ahmad Yusof berkata, Tony dan Tiger boleh dianggap sebagai terapi kepada enam anggota pondok polis berkenaan yang menganggap haiwan itu sebahagian daripada keluarga pasukan berkenaan.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.