Gambar 2 kereta Kemalangan Ketika Berebut Masuk Tol
|
Gambar yang dikongsikan di Facebook menunjukkan 2 buah kereta yang dikatakan berebut ketika mahu masuk ke lorong tol telah mengalami kemalangan.
Kemalangan di atas adalah salah satu contoh sikap segelintir rakyat Malaysia yang sukar diubah apabila memandu di jalan raya.
Bersabar kan lagi bagus dari tabiat tukar line tanpa bagi signal, memandu secara merbahaya, memotong di lorong kecemasan dan pelbagai lagi. Yang bestnya bila dah kemalangan, masing-masing bertekak tidak mahu mengaku salah dan cari salah orang lain.