Kegiatan Pelik apabila Perompak suka membuang air besar ketika Pecah Masuk Rumah

KEADAAN ruang tamu rumah mangsa yang digeledah suspek.

PDRM bandar raya ini berusaha menjejaki kumpulan penjenayah biadab yang didakwa mempunyai hobi aneh gemar membuang air besar di rumah mangsa selain meninggalkan najis di ruang tamu kediaman diceroboh masuk.

Kumpulan penjenayah terbabit yang mendapat jolokan geng tahi dipercayai mengamalkan ilmu hitam berdasarkan perbuatan itu yang pernah dilakukan penjenayah warga asing bagi tujuan memukau penghuni kediaman.

Sumber polis berkata, penjenayah dikesan gemar memecah masuk kediaman melalui pintu belakang sebelum menggeledah rumah mangsa bagi mencari barang berharga terutama wang, barang kemas, komputer dan telefon bimbit.

Menurutnya, dalam kes terbaru, kumpulan penjenayah terbabit dikesan memecah masuk rumah di Taman Aked, Menglembu, di sini, ketika penghuninya keluar atas urusan perniagaan.

“Kejadian pecah masuk rumah itu hanya disedari pemilik rumah apabila pulang ke kediamannya pada jam 2 petang, kelmarin.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.