Ellie Suriaty disaman Produser terkenal, S Baldev



Sikap pelakon senior, Ellie Suriaty akhirnya makan diri! Produser terkenal, S Baldev mahu menyaman pengarah filem Penanggal itu kerana didakwa gagal memulangkan semula wang pendahuluan yang diambil selepas menarik diri pada saat akhir untuk membintangi filem KL Cinta Mandi Toq.


Filem bergenre aksi komedi diarahkan anak Baldev iaitu Arjil Uppal. Ia adalah filem keenam terbitan syarikat yang diusahakan bersama anakanaknya, Harvinder Uppal dan Arjil Uppal iaitu White Merpati Entertainment Sdn Bhd.

Menerusi syarikat guaman, Shook Lin & Bok, Advocates & Solicitors, surat saman sudah diserahkan kepada Ellie atau nama sebenarnya, Ellie Suriati Omar, kira-kira seminggu lalu.

Raja difahamkan, pada pertengahan Ogos lalu, Ellie sepatutnya membintangi KL Cinta Mandi Toq yang turut dibintangi Soffi Jikan, Puteri Sarah Liyana, Taiyuddin Bakar, Usop Wilcha dan Datuk Aziz Sattar. Ellie ditawarkan untuk watak ibu dalam filem berkenaan.

Baldev menawarkan harga lumayan iaitu RM18,000 kepada Ellie, walaupun hanya memegang watak ibu. Selepas menandatangani kontrak dan mengambil bayaran pendahuluan 25 peratus, Ellie didakwa mula buat hal dan membuat macam-macam permintaan termasuk menyediakan kenderaan khas untuknya ke lokasi penggambaran.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.