Gambar Mesra Ds Najib bersama dengan Lim Guang Eng di Rumah Terbuka Krismas Malaysia 2013



Priceless! ini lah yang dikatakan politik buta, dalam gambar macam DS duduk sebelah pemimpin MCA saja, rupanya tak ada masalah langsung untuk duduk, minum, makan semeja dengan pemimpin pembangkang paling lantang mengkritik beliau dari parti DAP, Lim Guan Eng sendiri, sememangnya segala permusuhan tolak ketepi untuk majlis rumah terbuka, apa-apapun ini hanyalah gambar hakikatnya masing-masing pemimpin tak sehaluan.


Berikut merupakan masej yang dipostkan Perdana Menteri bersama dengan gambar diatas bersama pemimpin No 1 DAP  ini semasa sesi jamuan mesra semeja bersama Ketua Menteri Pulau Pinang ini

Petang tadi saya meluangkan masa bersama pemimpin-pemimpin dan rakyat jelata dari pelbagai latar belakang dalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2013 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Negara kita memang terkenal di serata dunia kerana konsep "kesatuan dalam kepelbagaian" dan saya berdoa agar kita sentiasa pertahankan kekuatan dan keunikan kita ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.