Gaji lelaki lebih 27 peratus dari wanita di Malaysia


SYARIKAT kreatif dan pemasaran besar di Malaysia membayar gaji pekerja lelaki pada purata 27 peratus lebih tinggi daripada wanita, manakala firma yang lebih kecil dalam bidang sama menawarkan gaji yang sama, demikian mengikut hasil satu kaji selidik.


Mengikut kaji seilidik font, sebuah agensi pengambilan pekerja, wanita didapati memperoleh 10 peratus kurang daripada lelaki dalam sektor dikaji, tetapi mereka yang kekal dalam pekerjaan mereka selama sembilan hingga 10 tahun lebih cenderung untuk mencapai gaji yang sama berbanding dengan rakan lelaki mereka.

Pengarah Serantau Asia font Karin Clarke berkata, gaji lebih rendah di syarikat kecil berbanding syarikat besar, tetapi budaya berkenaan cenderung untuk meletakkan lebih nilai terhadap kesaksamaan.

Font membuat tinjauan terhadap 4,350 peserta dengan 988 daripadanya rakyat Malaysia, membandingkan gaji berdasarkan saiz syarikat, tahun pengalaman, jantina dan kelayakan, di seluruh sektor pengiklanan, pemasaran, kreatif dan multimedia.

Di semua empat sektor itu, wanita yang mempunyai pengalaman lebih daripada sembilan tahun memperoleh gaji purata sembilan peratus lebih daripada rakan lelaki mereka.

Namun, kajian itu mendapati lelaki dengan pengalaman 16 hingga 20 tahun didapati memperoleh lebih daripada wanita.

Kajian itu juga mendapati wanita lebih cenderung untuk bertukar tempat kerja.

Wanita akan meninggalkan pekerjaan mereka jika ditawarkan kenaikan 10 peratus, manakala lelaki tidak akan meninggalkan kerja mereka kecuali ditawarkan kenaikan 16.7 peratus. 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.