Doa ibu makbul anak yang lemas dijumpai semula
“Hanif, mak datang nak..mak nak bawa Hanif pulang..marilah nak,” rintih Tuminah Taib, di pantai peranginan Teluk Bidara di sini, selepas solat hajat dan berdoa supaya anaknya, Muhammad Hanif Jaunuri, 18, yang lemas ketika mandi di pantai itu ‘dipulangkan’.
Tuminah, 54, dari Batu Pahat, Johor, tiba di pantai itu pada jam 4.30 pagi semalam selepas dimaklumkan kejadian menimpa Muhammad Hanif yang hilang ketika berkelah di situ kelmarin.Keajaiban doa seorang ibu terbukti apabila mayat pelajar jurusan Diploma Automotif Diesel di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang hanya berseluar pendek ditemui terbaring di atas batu di pantai itu selepas dicampakkan ombak, setengah jam selepas Tuminah menjerit memanggil nama anaknya itu.
“Di pantai itu, saya tidak putus membuat solat hajat dan membaca surah Yasin memohon mayat Hanif ditemui. Selesai solat Subuh tadi (semalam), saya sekali lagi memohon doa dan menjerit sekuat hati memanggil nama Hanif.
“Alhamdulillah, walaupun sedih menerima berita kehilangan anak, saya bersyukur kerana doa dimakbulkan Allah dan mayat Hanif ditemui terbaring di atas batu kira-kira jam 7.15 pagi,” katanya.
Mayat Anak timbul selapas Solat Hajat
Bagaimanapun, mayat Ahmad Syukrie ditemui pada hari sama, manakala seorang lagi rakannya yang turut lemas, Muamar Farhan Beig Shamsuri,18, berjaya diselamatkan rakan lain.
Tuminah berkata, dia dan suaminya Jainuri Taslim, 52, yang bekerja kilang di Kawasan Perindustrian Batu Pahat bergegas bertolak ke sini sebaik menerima berita anaknya lemas.
Katanya, Muhammad Hanif yang juga anak ketiga daripada empat beradik itu sepatutnya pulang ke Batu Pahat minggu lalu untuk bertemu keluarga tetapi membatalkan hasrat kerana banjir.
"Kali terakhir saya menemui arwah pada cuti semester lalu. Sepanjang dua minggu di kampung, dia kurang bercakap dan saya tidak bertanya kerana menganggap itu perkara biasa.
“Ketika mahu pulang ke PSMZA pagi itu, dia bersalam sambil mencium saya serta memberitahu akan terus belajar ke peringkat tertinggi dan meminta saya bekerja kuat menyimpan duit untuk membiayai pelajarannya” katanya.
Tuminah berkata, jenazah Muhammad Hanif akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Raja, Batu Pahat.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags