ANGGOTA JPAM memegang burung hering yang ditangkap. |
Seorang guru lelaki sekolah rendah berdepan detik mencemaskan apabila seekor burung hering memasuki pekarangan rumahnya di Taman Seri Aman Sari, Parit Keroma di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 1.15 tengah hari itu, Remy Azman Abdul Rashid, 40, pada mulanya dia menyangka anjing liar dan cuba menghalaunya, namun terkejut apabila melihat ia terbang ke pekarangan rumah.
“Pada mulanya saya ingatkan anjing masuk ke pekarangan rumah saya, namun apabila melihat ia terbang ke dalam rumah, saya dapati ia seekor burung.
“Apabila diamati barulah saya sedar ia sejenis burung hering yang amat jarang ditemui dan pada mulanya saya sekeluarga bercadang menangkap sendiri, namun terpaksa membatalkan hasrat kerana ia bertukar agresif,” katanya.
Menurutnya, bimbang kejadian tidak diingini berlaku dia segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) cawangan Muar untuk mendapatkan bantuan.