BAYI yang ditemui menangis tepi longkang
“Bayi itu pasti mati jika saya dan rakan tidak menjumpainya,” kata Chong Lean Fatt, 48, yang menemui bayi baru dilahirkan dibuang dalam keadaan bogel di tepi longkang berhampiran Jalan Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia, di sini, pagi semalam.
Bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat itu dicampak di
kawasan sunyi berhampiran lokasi projek pembinaan rumah kedai yang baru
disiapkan.
Chong yang juga seorang kontraktor berkata, dia bersama seorang
rakan serta wakil syarikat pemaju menemui bayi malang itu pada jam 11
pagi selepas terdengar tangisannya.
Menurutnya, dia datang ke kawasan itu untuk memasang jeriji besi di sebuah unit kedai dan segera memaklumkan kepada rakan.
Menurutnya, dia datang ke kawasan itu untuk memasang jeriji besi di sebuah unit kedai dan segera memaklumkan kepada rakan.
“Saya beritahu rakan mengenai suara bayi menangis, tapi dia kata itu mungkin bunyi anjing liar atau kucing. Saya tidak puas hati dan memaklumkannya kepada wakil pemaju projek kedai itu yang datang untuk memantau kerja pengubahsuaian.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags