Pasangan Sanggup Jual Anak Untuk Beli iPhone.
Pasangan Sanggup Jual Anak Untuk Beli iPhone
Gara-gara terlalu inginkan Iphone, sepasang suami isteri sanggup menjual bayi mereka yang baru beberapa minggu dilahirkan demi mendapatkan wang untuk membeli gajet tersebut.
Pasangan yang dikenali sebagai Zhang dan Teng itu dikesan melakukan perbuatan tersebut selepas mengiklan dalam surat khabar.
Dalam iklan tersebut, mereka menyatakan sanggup memberikan anak mereka, sebagai pertukaran untuk wang tunai berjumlah £5,000.
Selepas menjual bayi tersebut, mereka menerima wang yang dimasukkan ke dalam bank.
Sebaik mendapat wang tersebut, pasangan
itu yang juga mempunyai dua anak lain telah berjoli sakan dan membeli
iPhone serta barangan mewah yang lain.
Zhang dan Teng yang tidak bekerja itu
juga memberi alasan kepada pihak berkuasa bahawa mereka berbuat demikian
demi kepentingan bayi tersebut.
Jelasnya mereka mahu bayi itu mendapat keluarga angkat yang lebih stabil kewangannya.
“Kami bukannya memberikan bayi tersebut semata-mata untuk wang, tetapi mahu dia mendapat kehidupan yang lebih baik,’’ katanya.
“Kami bukannya memberikan bayi tersebut semata-mata untuk wang, tetapi mahu dia mendapat kehidupan yang lebih baik,’’ katanya.
Selain itu, dalam usaha untuk
menyembunyikan perbuatan keji itu, Zhang telah berbohong kepada
jiran-jirannya bahawa dia tidak mengandung, sebaliknya perutnya buncit
kerana terdapat tumor di dalamnya.
Bayi itu juga dilahirkan di rumah, bagi mengelakkan pihak berkuasa mengetahui mengenai kewujudannya.
Mereka kini didakwa atas tuduhan pemerdagangan kanak-kanak dan bakal berdepan dengan hukuman penjara.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date