Cikgu Pilihan Isteri Fahrin Ahmad

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Cikgu Pilihan Isteri Fahrin Ahmad.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Cikgu Pilihan Isteri Fahrin Ahmad

Pelakon kacak, Fahrin Ahmad menyangkal dakwaan dia bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hatinya hujung tahun ini seperti yang kecoh diperkatakan.

Fahrin, 33, berkata, walaupun dirinya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga namun khabar angin tersebut adalah sama sekali tidak benar.

“Selagi belum ada sebarang pengesahan daripada mulut saya maka apa yang diperkatakan itu tidak benar,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada pelancaran drama Seindah Sakura di sini pada Khamis.

Tambah Fahrin, dia juga sudah lali dengan soalan mengenai jodohnya namun menganggap ia sebagai satu lumrah apabila bergelar selebriti.

Fahrin mengulas mengenai laporan bahawa dia akan menamatkan zaman bujannya dengan Zetty Adila iaitu anak saudara kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) dan Datuk Siti Nurhaliza.

Zety, 26, meerupakan Penerbit Ekskutif Global Station milik kakak Datuk K iaitu Datin Zaiton Mohd Jiwa.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perkahwinan bekas kekasihnya iaitu Scha Al Yahya dengan Awal Ashaari, Fahrin berkata, dia mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.

Fahrin memberitahu, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk menyimpan dendam selain mengharapkan yang terbaik buat mereka berdua.

“Apa yang sudah berlaku saya tak mahu menoleh kebelakang lagi dan buat Scha dan Awal semoga mereka berbahagia sehingga ke akhir hayat,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fahrin berkata dia yakin drama bersiri lakonan terbarunya iaitu Seindah Sakura bakal mendapat perhatian daripada penonton apabila ia ditayangkan pada 7 Mei ini.

Fahrin berkata, garapan yang baik oleh pengarahnya iaitu pelakon, Zul Zuhaimy terhadap drama bersiri berdurasi 24 episod itu menjadikan drama itu bakal disukai ramai.

“Zul sangat kreatif dalam menggarap skrip drama itu dalam bentuk visual selain senang bekerjasama dengannya,” ujarnya.

Tambah Fahrin, dia juga teruja dapat bergandingan dengan Fasha Sandha dalam drama bersiri itu dan memberitahu pelakon jelita itu sangat profesional di lokasi.

Seindah Sakura turut dijayakan oleh Datuk Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan Ruminah Sidek bakal menemui penonton bermula 7 Mei ini setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam di slot Akasia TV3.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.