Bayi 3 Bulan Maut Dilanggar Kereta Ibu Di Terengganu
Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut
apabila dilanggar oleh kereta yang dipandu ibunya ketika sedang
mengundurkan kenderaan itu di pekarangan rumah di Kampung Bukit Besar
dekat sini kira-kira pukul 7.15 pagi tadi.
Kejadian yang menyayat hati itu berlaku apabila mangsa, Muhammad Faqih
Mohd. Fitri tanpa disedari dikatakan merangkak keluar dari rumah dan
menuju ke belakang kereta.
Mangsa yang dikejarkan ke hospital Sultanah Nur Zahirah di sini disahkan
meninggal dunia kira-kira 15 minit kemudian ketika dirawat di wad
kecemasan.
P/S: ambil lah langkah berjaga-jaga selepas ini. kadangkala kecuaian dari kita boleh membuatkan kita kehilangan orang tersayang.
Sumber : Utusan Malaysia