Apple iPhone 5S Dan iPhone 5C Di Malaysia Pada 1 November 2013

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Apple iPhone 5S Dan iPhone 5C Di Malaysia Pada 1 November 2013.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Apple iPhone 5S Dan iPhone 5C Di Malaysia Pada 1 November 2013


Nampaknya, pada tahun ini pihak Apple bergerak pantas dalam menawarkan peranti mereka ke pasaran seluruh dunia.

Nampaknya, pada tahun ini pihak Apple bergerak pantas dalam menawarkan peranti mereka ke pasaran seluruh dunia. Selepas mula menawarkannya di beberapa buah negara sebelum ini, kini nampaknya telefon pintar iPhone 5S dan juga iPhone 5C akan ditawarkan di pasaran Malaysia bermula awal November ini.

Seperti biasa, harga untuknya tidak diumumkan buat masa ini, dan dijangka akan ditawarkan melalui pakej telekomunikasi, serta berkemungkinan melalui Apple Store Malaysia. Mungkin maklumat lanjut berkenaan dengannya akan diketahui melalui syarikat telekomunikasi menjelang tarikh berkenaan.

iPhone 5S merupakan telefon pintar dengan beberapa ciri-ciri menarik daripada Apple, dimana ia menyertakan sokongan TouchID, dilengkapi cip pemprosesan 64-bit, serta membawakan sokongan kamera lebih baik.

iPhone 5C pula hadir dalam beberapa pilihan warna menarik, dan boleh dikatakan membawakan spesifikasi seumpama iPhone 5.

Kedua-duanya dilengkapi dengan iOS 7, dan sokongan LTE dikatakan akan bergantung kepada syarikat telekomunikasi.

Apple mengumumkan bahawa produk mereka, iPhone 5S dan iPhone 5C yang dinanti-nantikan ini boleh didapati di 35 buah negara pada 25 Oktober 25 dan 16 negara lagi pada 1 November.


Ia boleh didapati di negara-negara berikut pada 25 Oktober:


    Austria
    Belgium
    Bulgaria
    Croatia
    Czech Republic
    Denmark
    Estonia
    Finland
    French West Indies
    Greece
    Hungary
    Ireland
    Italy
    Latvia
    Liechtenstein
    Lithuania
    Luxembourg
    Macau
    Malta
    Netherlands
    New Zealand
    Norway
    Poland
    Portugal
    Reunion Island
    Romania
    Russia
    Slovakia
    Slovenia
    South Korea
    Spain
    Sweden
    Switzerland
    Taiwan
    Thailand

iPhone 5S dan 5C boleh didapati pada 1 November di negara-negara seperti dalam senarai di bawah:


    Albania
    Armenia
    Bahrain
    Colombia
    El Salvador
    Guam
    Guatemala
    India
    Macedonia
    Malaysia
    Mexico
    Moldova
    Montenegro
    Saudi Arabia
    Turkey
    UAE

Telefon pintar terbaru Apple ini sudah boleh diperolehi di beberapa negara antaranya Amerika Syarikat, Australia, Kanada, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Puerto Rico, Singapura dan United Kingdom.

Selepas 1 November, produk ini boleh didapati di 62 buah negara lagi.

iPhone 5, yang telah dilancarkan pada September 2012, telah dipasarkan pada penghujung tahun 2012 di lebih 100 negara. Jadi, adakah anda akan beratur untuk mendapatkannya?

Sumber Rujukan: Apple


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.