Kerja selenggara mula 8 pagi. Bagi memastikan operasinya berjalan lancar dan selamat, pihak pengurusan memperuntukan masa selama dua jam sebelum Eye On Malaysia layak beroperasi pada hari-hari yang ditentukan.
IKON Malaysia iaitu roda ferris setinggi 60 meter telah membawa lebih sejuta pengunjung menikmati panorama Kuala Lumpur menerusi 42 buah gondola yang berhawa dingin.
Sejak mula dibuka kepada orang ramai di Taman Tasik Titiwangsa pada Januari 2007, keajaiban kejuruteraan itu telah merebut gelaran roda ferris mudah alih yang pertama di Asia Tenggara.
Meskipun ia tidak setinggi Singapore Flyer dengan ketinggian 165 meter atau Beijing Great Wheel yang bakal siap tahun ini pada ketinggian 208 meter, tumpuan untuk memastikan keselamatan operasi Eye On Malaysia (EOM) bukanlah perkara remeh.
"Setiap hari bermula pukul 8 pagi, kami akan memeriksa semua pin, ketegangan kabel dan juga perkakasan mekanikal berada dalam keadaan baik," kata Greame, 44, ketika ditemui Kosmo!, di rumah baru EOM di muara Sungai Melaka.
Jelas anak jati London itu, pemeriksaan akan dilakukan selama dua jam bagi memastikan keadaan fizikal Eye On Malaysia layak untuk beroperasi pada hari itu.
GRAEME CROSS yakin jangka hayat Eye On Malaysia mampu bertahan sehingga lima dekad jika kerja-kerja penyelenggaraannya dilakukan mengikut jadual.
"Kami juga mempunyai pemeriksaan rutin setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun.
"Semua kerja-kerja penyelenggaraan harian dijalankan oleh tenaga kerja tempatan yang dilatih oleh pembuat roda ferris ini," katanya.
Kata beliau, struktur utama roda ferris dan sistem kawalan pergerakannya dibuat di Jerman manakala gondolanya dibuat di Switzerland.
"Setiap tiga bulan, jurutera dari syarikat pembuat komponen tersebut akan melakukan pemeriksaan rutin.
"Semua itu walaupun menelan belanja besar, perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan penumpang berada di tahap tinggi. Jadi tiada ruang untuk mudah bersikap puas hati di sini," ujar beliau.
Roda ferris yang pertama telah dibina dan direka oleh seorang pembuat jambatan dari Pittsburgh, Pennsylvania, George W. Ferris.
Ferris memulakan kerjayanya dalam industri pembinaan jalan raya dan mengembangkan minatnya dalam pembinaan jambatan.
Beliau telah mengasaskan sebuah firma yang menguji keluli untuk pembinaan jambatan dan jalan raya iaitu syarikat G.W.G. Ferris & Co. di Pittsburgh.
Beliau membina roda ferris pertama untuk satu pesta di Chicago pada 1893 bagi menyambut 400 tahun Columbus datang ke Amerika Syarikat (AS). Penganjur pesta itu mahukan sesuatu yang dapat menyaingi menara Eiffel di Paris.
Ia merupakan kejuruteraan yang menakjubkan pada ketika itu. dua menara keluli setinggi 140 kaki menampung roda besi berdiameter 250 kaki yang disambungkan oleh gandar setinggi 45 kaki.
ADAM YONG (kiri) dan Graeme sering berbincang bagi memastikan tahap keselamatan penumpang yang menaiki Eye On Malaysia terjamin.
Ketika George Gale Ferris membina roda ferrisnya yang pertama, mungkin dia tidak pernah terfikir bahawa roda ferris ini akan menjadi trend kepada pemilikannya bagi setiap negara.
Kini, boleh dikatakan hampir semua negara maju memiliki roda ferrisnya sendiri untuk tarikan pelancong.
Pada Disember lalu, roda ferris tertinggi di dunia ketika ini, Singapore Flyer telah mengalami kerosakan dan menyebabkan 173 penumpangnya terperangkap selama enam jam.
Menurut laporan berita, operasi roda ferris itu terhenti akibat litar pintas yang berlaku kepada motor kawalan pergerakannya.
"Sekiranya motor EOM rosak, kita tidak akan melihat anggota penyelamat menggunakan abah-abah untuk menurunkan penumpang. Ini kerana kita mempunyai sistem pelepasan brek manual yang membolehkan roda berpusing bebas.
"Tambahan pula, roda ini direka berat sebelah agar ia dapat turun sendiri ke satu sisi apabila brek dilepaskan, jadi penumpang dalam setiap gondola dapat keluar satu demi satu," kata Greame.
Bagaimana jika EOM mengalami masalah bekalan elektrik? "Kita mempunyai dua bekalan elektrik yang disediakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari sumber yang berbeza.
"Sekiranya satu daripadanya gagal, satu lagi talian masih boleh berfungsi. Sekiranya kedua-dua bekalan terputus, kita mempunya generator sendiri. Sekiranya itu juga gagal, kita akan menggunakan kuasa bateri.
Apa berlaku sekiranya kuasa bateri juga gagal?
"Kita masih boleh menurunkan penumpang secara manual dengan melepaskan brek," katanya.
Meskipun semua langkah dan pemeriksaan harian dijalankan bagi mencapai tahap keselamatan tertinggi, hanya satu faktor yang tidak boleh dikawal iaitu penumpang itu sendiri.
"Kita boleh mengawal dari segi keadaan fizikal dan perjalanan roda ferris ini. Tetapi kelakuan manusia yang menjadi penumpang roda ferris ini sukar dikawal.
"Sebagai contoh, kemalangan boleh berlaku sekiranya penumpang berdiri dan menggerakkan gondola dengan kuat. Sebab itu kita tidak membenarkan penumpang berdiri ketika berada dalam gondola," jelas Greame.
Mendapat jolokan roda ferris mudah alih terbesar di dunia, apakah EOM dapat didirikan di mana saja ada peminatnya?
"Memang benar, struktur ini boleh didirikan di mana saja," kata Ketua Pegawai Eksekutif Eye On Malaysia Sdn. Bhd., Adam Yong Abdullah.
"Kalau dilihat tapak struktur EOM kini berada pada sebuah tanah yang ditebus guna. Pada hakikatnya, kerja-kerja pengukuhan asas tanah tidak perlu dilakukan kerana ia begitu fleksibel.
"Kalau hendak, kita boleh mendirikan EOM di atas sebuah padang bola dalam masa 10 hari!," ujarnya.
Keyakinan Adam itu sebenarnya bersandarkan fakta bahawa roda ferris itu disokong lapan kaki yang ditambat ke tanah dengan tangki balast berisi 60,000 liter air. Sokongan daripada tangki balast itu menyingkirkan keperluan untuk melakukan kerja pengukuhan asas tanah.
Apakah yang menyebabkan operasi EOM terhenti? "Hanya ketika ribut petir, operasi EOM akan dihentikan seketika. Dalam keadaan hujan biasa, tiada sebab untuk penumpang bimbang terhadap keselamatan mereka," ujar Adam.
Melihat kawasan persekitaran kediaman baru EOM di muara Sungai Melaka, masih banyak yang sedang dilakukan untuk menambah daya tarikan agar pengunjung tidak hanya tertumpu kepada roda ferris itu.
Menurut Adam, tarikan baru perlu diwujudkan bagi memastikan orang ramai tidak bosan mengunjungi roda besi bernilai RM30 juta itu.
"Malaysia International Space Adventure (MISA) adalah sebuah pameran berkenaan sains angkasa lepas yang mendapat sambutan hangat apabila ia diadakan di Putrajaya tahun lalu.
"Selain itu, prasarana lengkap untuk kemudahan pengunjung seperti kafe dan restoran; Eye Cafe dan Eye Seafood Restaurant akan turut dibina di kawasan ini agar pengunjung tidak bosan mengunjungi ke EOM," kata Adam.
"Saya yakin, hayat EOM pasti akan melebihi jangka hayat saya meskipun ia bukan yang tertinggi atau mampu membawa penumpang terbanyak.
"Dengan penambahbaikan dan perubahan semasa terhadap tarikan sampingan EOM, pengunjung tiada alasan untuk tidak mengunjungi EOM untuk kali seterusnya selepas yang pertama, kedua atau ketiga," kata Adam.
EYE ON MALAYSIA pernah membawa penumpang menikmati panorama indah Kuala Lumpur.
Jelas beliau, EOM adalah ikon Malaysia dan ia akan kekal relevan selagi ia mampu mengekalkan daya tarikannya.
"Kawasan persekitaran di muara sungai ini juga masih luas dan kita mampu mengembangkan daya tarikannya," kata beliau.
Malah, Greame juga turut yakin daripada sudut pandang mekanikalnya, EOM mampu terus beroperasi selama 50 tahun selepas ini.
"Sekiranya penyelenggaraan dilakukan mengikut jadual, saya yakin ia mampu bertahan selama itu.
"Memang akan berlaku kerosakan dan kehausan alat ganti pada roda ini, tapi ia boleh diganti," katanya.