Macam mana nak tahu pintu berlepas?

Macam mana nak check-in kapal terbang/ flight?
Macam mana nak tuntut bagasi?
Macam mana nak beli tiket kapal terbang/ flight?
Macam mana nak drop luggage?

Itu antara persoalan yang biasa bermain di fikiran mereka yang pertama kali ingin menaiki kapal terbang/ flight. Tidak terkecuali saya sendiri. Kali pertama saya menaiki kapal terbang/ flight adalah pada tahun 2012 ke Langkawi dengan menggunakan pesawat AirAsia.

Selepas 3 tahun mengalami perkara di atas terdetik di hati saya untuk kongsikan cara untuk menaiki kapal terbang/ flight memandangkan pada tahun 2015 perkara yang sama di alami oleh kawan saya yang pertama kali menaiki kapal terbang/ flight ke Korea. Pelan asalnya saya bersamanya ke Korea, tetapi pelan berubah di saat akhir dan menyebabkan beliau terpaksa manaiki kapal terbang/ flight bersendirian.