Yasin harus diberi bantuan dan rehabilitasi bukan hukuman, wajar diberi peluang, kata Wardina Safiyyah

Just for our knowledge and awareness.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot berkata penyanyi lagu Mimpi Laila itu seharusnya menerima rawatan dan pemulihan disebabkan berdepan masalah kesihatan mental.


"Perogol dan pembunuh pun tak dikenakan hukuman gantung sampai mati. Yasin tidak layak dipenjara seumur hidup mahupun hukuman gantung sampai mati hanya untuk pasu tumbuhan.

Picture
"Dia layak untuk dirawat kerana masalah kesihatan mentalnya dan memerlukan sokongan dan mungkin pemulihan. Dia seorang kawan, artis yang sangat berbakat, bijak, berani, seorang yang baik walaupun terdapat kekurangan.

"Saya doakan dia menjadi lebih kuat, lebih baik dan mengharungi dugaan ini dalam satu bahagian," kata Wardina.


Pelakon dan pengacara berusia 42 tahun itu berkongsi pandangannya mengenai kes penyanyi nasyid itu di laman Instagram miliknya.

Yassin berdepan hukuman maati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis atas pertuduhan mengedar daadah jenis gaanja di sebuah kondominium pada 24 Mac lalu.



Menerusi laporan mStar, bagaimanapun tiada pengakuan direkod daripada tertuduh kerana kes itu terletak di bawah kuasa Mahkamah Tinggi.

Dalam prosiding berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Norshila Kamaruddin, Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah merah yang mana daripadanya Kanaabls (gaanja) yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Sesyen 6B(1)(a) Akta Daadah Berbhaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Sesyen 6B(3) akta sama Kanun Kesekksaan yang memperuntukkan pnjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Picture
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mahkamah bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap penyanyi tersebut.

Dalam pada itu, pelakon filem Lagi Lagi Senario ini turut meletakkan tanda pagar memohon keadilan untuk Yasin dan berharap penyanyi lagu Salsabila itu dibebaskan.


"#justice4yasin #justiceforyasin Innalillahiwainnailaihirajiun. #justiceforyasinsulaiman @yasinsulaiman.

"Bebaskan dia dari pnjara dan tolong rawat serta bantu dia. #istandwithyasinsulaiman #bipolarawareness. Harap kekal kuat di sana kawan! Kami menyokong anda!" ujarnya.

Sumber : mStar Online

SOURCE: SN

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.