2 jam beratur nak buat swab test, rupanya ter-beratur dalam barisan untuk beli ayam bakar

Insiden itu menjadi bualan netizen di media sosial yang turut tertanya-tanya apakah ayam bakar tersebut benar-benar sedap sehingga ada yang sanggup beratur lama untuk membelinya.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Selepas 2 jam beratur, wanita tersedar dia beratur di barisan untuk beli ayam bakar, bukannya barisan untuk buat swab test Covid-19.

Kes Covid-19 di China dilaporkan meningkat secara mendadak baru-baru ini dan pihak berkuasa menggesa orang awam menjalani ujian saringan (swab tests) bagi membendung penularan wabak itu.


Baru-baru ini di Hangzhou, seorang wanita mengambil keputusan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di hospital berhampiran. Disebabkan barisan terlalu panjang, dia terpaksa menunggu selama dua jam.

Tetapi apabila tiba gilirannya, wanita itu tersedar bahawa barisan tersebut sebenarnya bukan untuk menjalani ujian saringan Covid-19. Sebaliknya, barisan itu adalah barisan untuk pelanggan yang mahu membeli ayam bakar dari sebuah gerai yang terletak berhampiran dengan hospital.



Lapor ET Today, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Lena berkata, situasi semasa Covid-19 di Hangzhou semakin membimbangkan dan dia sengaja bangun awal pada hari kejadian untuk pergi menjalani ujian saringan.


Selepas dua jam membazir masa beratur di tempat yang salah, Lena akhirnya terpaksa melupakan tujuan asalnya dan membeli dua ayam bakar dan pulang ke rumah.


Insiden itu menjadi bualan netizen di media sosial yang turut tertanya-tanya apakah ayam bakar tersebut benar-benar sedap sehingga ada yang sanggup beratur lama untuk membelinya.


Sumber: ET Today, World of Buzz

SOURCE: TR

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.