Daripada dulu sampai sekarang, jenayah scam ini tidak pernah berhenti. Ada sahaja taktik mereka untuk mencari mangsa.
Antara jenayah penipuan yang berlaku pada awal tahun ini adalah apabila ada individu menyamar sebagai staf Shopee dan menawarkan kerja serta memaklumkan mangsa telah memenangi cabutan bertuah.
Taktik terbaharu scammer LHDN
Baru-baru ini, satu lagi taktik terbaharu oleh scammer apabila mereka menggunakan nombor telefon pejabat yang bermula dengan +603 dan ‘berlakon’ sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).Untuk membuatkan mangsa lebih mudah percaya, nombor tersebut juga memberitahu lokasi mereka yang berada di Putrajaya. Bukan itu sahaja, mereka siap menggunakan suara operator pula tu.
Seorang pengguna Twitter (Audra) yang mendapat panggilan daripada scammer berkenaan telah menghantar mesej kepada pihak LHDN untuk mengesahkan nombor telefon tersebut. Pihak LHDN memaklumkan nombor tersebut adalah palsu. Take note okay dengan nombor scammer di bawah.
Korang beware tau‼️ Scammer LHDN sekarang dah improve yer, guna nombor pejabat siap keluar from Putrajaya buatkan kita boleh yakin.
— Audra✨ (@nurfitriatul) February 11, 2022
Siap guna suara operator bagai-bagai. Lengkap details tentang kita dia ada. Ni nombor dia, sila save siap2 as scammer! 👇🏻 pic.twitter.com/xv2oIrSVgN
Ramai rupanya yang dapat panggilan dari ‘LHDN’
DISCLAIMER: Penulis sendiri pun dapat panggilan daripada mereka. Nasib baik tak terpedaya. Ceh!Rupa-rupanya, ramai juga yang mendapat panggilan daripada scammer ini. Nasib baik masyarakat kita sekarang sudah makin bijak untuk tidak mudah percaya dengan taktik penjenayah ini.
Ni pun sama kot I guess. Nasib baik tak layan number2 suspicious ni 🥴 pic.twitter.com/HLQpwx3H0s
— tira. (@tyrakhaidir) February 13, 2022
Baru kena semalam hahahah scanmer tu panas je aku kelentong nombor ic. Aku siap confident ulang sebab sempat tulis nombor ic tipu tu 😂 pic.twitter.com/OWjPewWoFM
— 🐙 (@Syasyasmsr) February 12, 2022
Dapat gak ni 2 hari lepas, lepas dengar dari lhdn terus letak fon 🤣😂 pic.twitter.com/ZWvHK7bUHV
— Saiful Amin (@thepriloxy) February 13, 2022
Cara untuk kesan scammer
Ada juga yang berkongsi tips untuk kesan nombor scammer. Antaranya:1. Muat naik truecaller Aplikasi truecaller ini boleh dimuat turun di Google Playstore dan Apple Store.
2. Minta nombor cukai Seorang lelaki yang bekerja di LHDN memaklumkan salah satu cara untuk mengesan scammer atau tidak adalah dengan meminta nombor cukai.Install la truecaller dah berapa tahun dah guna memang membantu sikit sebanyak. Like thisss pic.twitter.com/tGnP1qSzjr
— SIS KEROPOKLEKORGANU (@elainish07) February 12, 2022
Kalau call mmg ada pakai no office. Kalau dia call pastu transfer ke polis la, apa la mmg scammer le. Takde pasal kitorang nk transfer ke polis apa semua. Haha
— Kamil (@kamil_arifff) February 14, 2022
Selalu mmg ada emel or call. Kalau nk make sure, suruh dia bg no cukai kita, pergi office buat semakan sendiri.
3. Buat semakan di laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Anda juga boleh buat semakan maklumat menggunakan nombor telefon, kad pengenalan atau akaun bank di laman web ini.Aah better cmtu. Satu lagi, selalu kitorang akan prefer hantar surat. Sebab kalau dia ckp ada tunggakan, memang akan ada surat. Call ni ibarat kalau dah tak dpt nk contact, baru kita call.
— Kamil (@kamil_arifff) February 14, 2022
Aku pun pernah scammer lhdn ni call. Aku sekolahkan dia balik. Hahaha
Walau apa taktik sekali pun yang scammer guna, anda jangan mudah terpedaya. Semak dulu dengan pihak berwajib untuk dapatkan pengesahan.
SOURCE: TRP
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date