AirAsia Secara Senyap Membatalkan Kenaikan Yuran RM100 Untuk Daftar Masuk Kaunter

AirAsia U-Turn, Batalkan Cas RM 100 Setelah Menerima Kritikan Ramai

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Cas kembali semula ke harga asal bermula 1 April 2022.

Keputusan AirAsia untuk menaikkan harga cas RM 100 di kaunter check-in nampaknya mengundang rasa tidak puas hati ramai orang, terutamanya pelanggan yang kerap menggunakan penerbangan tambang murah tersebut.

Picture
Ekoran daripada itu, AirAsia membuat pusingan U dan mengembalikan semula harga cas daripada RM 100 kepada harga asal iaitu RM 20 untuk penerbangan domestik dan RM 30 untuk penerbangan antarabangsa.


Perubahan ini dapat dilihat di laman sokongan AirAsia yang dikemaskini semula dengan menukar jadual harga cas check-in di kaunter.

Picture

Walau bagaimanapun, tiada tarikh penguatkuasaan diumumkan di laman sokongan ini.

Langkah cas RM 100 yang tidak mesra warga emas, kiosk selalu rosak

Picture
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila AirAsia mengenakan kadar yang tinggi bagi menggalakkan tetamunya menggunakan perkhidmatan check-in secara dalam talian atau melalui platform digital seperti aplikasi mudah alih serta kiosk.


Namun, netizen menyelar tindakan tersebut yang seakan-akan tidak prihatin dengan warga emas bawah 70 tahun yang tidak begitu arif menggunakan perkhidmatan dalam talian. Dalam pada masa yang sama, netizen turut membangkitkan isu kiosk check-in yang sering rosak di kebanyakan lapangan terbang serta tidak dapat digunakan. Hal ini kemudian memaksa mereka yang memerlukan pendaftaran segera untuk mendaftar di kaunter check-in.

Picture Picture Picture
Tangkap layar FB I Love Borneo

Untuk makluman anda, terma dan syarat untuk pengecualian cas check-in di kaunter masih kekal sama.

SOURCE: IloveBorneo

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.