Ular bukan mainan!

Picture
Seorang pemburu buaya membiarkan anak lelaki berusia dua tahun membantu mengalihkan seekor ular besar.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Warganet kecam pemburu buaya biar anak kecil alih ular besar

Penangkap buaya gergasi Australia, Matt Wright dikecam hebat di media sosial selepas berkongsi video di mana anak lelakinya yang berusia dua tahun membantunya mengalihkan seekor ular besar di laman rumah.

Difahamkan Wright memiliki pengalaman selama 20 tahun dalam bidang penangkapan haiwan liar yang ganas.


Menerusi video yang dikongsinya di Instagram, anak kecil itu dengan selambanya menarik ular besar dari laman dengan memegang ekornya.



Kanak-kanak itu menarik ekor ular tersebut dengan kedua belah tangannya dan menariknya keluar.

“Tarik ia keluar nak, tarik ia keluar. Tarik ia ke semak,” kata Wright kepada anaknya.


Menerusi perkongsian dengan keterangan imej ‘Belajar mengendalikan tali’ itu Wright turut berkata “Oh tidak. Hati-hati, ia akan gigit awak. Awak kena pegang ekornya.”

Video yang ditonton lebih 30,000 kali setakat ini itu turut menerima pelbagai reaksi bercampur-baur dari warganet.


Ramai yang memuji keberanian si kecil mengendalikan haiwan berbisa namun tidak kurang juga yang mengecam tindakan Wright membabitkan anak kecilnya itu.

“Biasanya saya suka video anda, tapi saya tidak boleh terima perlakuan ini. Tak perlu beri tekanan pada haiwan itu semata-mata untuk video Instagram,” komen seorang pembaca.


“Anak ini belum cukup matang untuk menilai ular mana yang selamat dan mana yang tidak,” tegas seorang lagi.

“Ular bukan mainan!” marah seorang warganet.

SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.