Proses daun ketum di rumah sewa
Padang Besar: Polis merampas 1.4 tan daun ketum dalam serbuan ke atas sebuah rumah sewa di Kampung Kolam di sini Jumaat lalu yang dijadikan transit pengedaran daun itu ke Thailand.Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas berkata, pihaknya menghantar sepasukan anggota untuk mengintip aktiviti di rumah sewa itu selepas menerima maklumat awam pada jam 9 malam.
Katanya, selepas sejam membuat pemerhatian tetapi tiada penghuni atau individu datang ke rumah berkenaan sebelum pihaknya menghubungi pemilik rumah berkenaan.
Menurutnya, sekitar jam 10 malam polis bertindak menyerbu rumah berkenaan dan hasil pemeriksaan menemukan bungkusan mengandungi daun ketum.
"Daun ketum yang dianggarkan seberat 1.4 tan bernilai RM42,000 itu dipercayai bersedia untuk diseludup masuk ke negara jiran melalui lorong tikus
"Siasatan awal ke atas pemilik mendapati urusan sewa rumah berkenaan diuruskan oleh adiknya dan dia tidak tahu menahu mengenai longgokan daun ketum berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Saifudin berkata, siasatan sedang dilakukan untuk mengesan penyewa rumah berkenaan yang dipercayai sudah melarikan diri.
"Selain itu, pemilik rumah dan adiknya juga dipanggil untuk dirakam keterangan.
"Rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk tindakan lanjut," katanya disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Katanya, polis meminta masyarakat untuk bersama membantu mencegah dan mengekang jenayah bagi menjadikan daerah Padang Besar kawasan yang selamat dan bebas jenayah dengan menyalurkan maklumat kepada polis di IPD Padang Besar di talian 04-9492222.
SOURCE: Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.