KWSP: 3.6 juta Rakyat Malaysia tak mampu bersara

Picture
Seramai 3.6 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun ke bawah hanya mempunyai kurang RM1,000 di dalam akaun.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

28 % pencarum hanya ada kurang RM1,000

Rakyat Malaysia tidak mampu bersara dan akan bekerja sehingga hujung nyawa kerana ramai yang tidak mempunyai wang simpanan persaraan mencukupi.


Seramai 3.6 juta atau 28 peratus pencarum KWSP yang berumur bawah 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM1,000 di dalam akaun satu dan dua selepas Covid-19.

Picture
KWSP telah mengeluarkan RM101 bilion untuk skim di bawah i-Sinar, i-Lestari dan i-citra.

Lebih mengejutkan, seramai 3.6 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun ke bawah hanya mempunyai kurang RM1,000 di dalam akaun, manakala 6.1 juta lagi memiliki simpanan kurang RM10,000.


Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein berkata, perkara itu amat membimbangkan lebih-lebih lagi apabila ramai ahli KWSP telah mengurangkan, malah mengosongkan simpanan persaraan mereka ketika pandemik akibat desakan hidup.

“Sebanyak 6.8 juta pencarum pula mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 di akaun satu dan 9.8 juta pencarum mempunyai baki yang sama di akaun dua. Apa yang paling membimbangkan adalah mereka yang mempunyai jumlah hampir sifar dalam akaun simpanan mereka.

Picture
Penutupan ekonomi menyeluruh dilaksana sepanjang tempoh PKP 3.0 akan memberi kesan berganda terhadap ekonomi rakyat. - Gambar hiasan

“Secara keseluruhannya, terdapat peningkatan sebanyak 2.2 juta pencarum di bawah 55 tahun yang mengosongkan akaun mereka selepas Covid-19. Oleh itu sebanyak 3.6 juta pencarum (sebelum ini hanya 1.4 juta) mempunyai kurang daripada RM1,000 di dalam akaun satu dan dua,” katanya


Pakar Ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, ini diburukkan lagi dengan lebih 50 peratus rakyat Malaysia hanya berpendapatan RM2,000 ke bawah.

Jadi katanya, ini merupakan sesuatu yang membimbangkan apabila semua kumpulan pekerja tidak boleh mengharapkan simpanan KWSP untuk bersara.


“Itu merupakan satu keadaan kritikal. Jika sebelum ini dinyatakan bahawa 46 peratus penyimpan mempunyai simpanan kurang RM10,000 juga membimbangkan apatah lagi jika kurang daripada RM1,000.

[MULTIMEDIA] Rakyat Malaysia tidak mampu bersara dan akan bekerja sehingga hujung nyawa kerana ramai yang tidak mempunyai wang simpanan persaraan mencukupi.



Jumlah itu amat rendah berbanding simpanan asas RM240,000 yang diperlukan untuk menjalani kehidupan selama 20 tahun selepas persaraan pada usia 55 tahun.


Timbalan Ketua KWSP (Operasi), Datuk Mohd Naim Daruwish, berkata, simpanan yang kurang RM50,000 itu tidak mencukupi untuk mereka menjalani kehidupan harian yang memerlukan perbelanjaan asas RM1,000 sebulan.

"Purata jangka hayat rakyat Malaysia meningkat kepada 75 tahun dan ia bermakna kita akan menempuh tempoh persaraan selama 20 tahun jika kita bersara pada usia 55 tahun.

"Berdasarkan kajian KWSP, tahap pengurusan kewangan secara bijak atau literasi kewangan dalam kalangan rakyat negara ini hanyalah 36 peratus dan ia jauh ketinggalan berbanding Singapura 59 peratus dan Myanmar 52 peratus," katanya.

Naim berkata, keadaan sedemikian mungkin menyebabkan peningkatan gelandangan yang terpaksa bergantung harapan untuk mendapatkan makanan dan tempat tinggal daripada kerajaan.

Sehubungan itu, KWSP yang mempunyai 14.6 juta pencarum dan 530,000 majikan serta menguruskan dana berjumlah RM940 bilion berusaha memberikan pendidikan kepada anggota masyarakat mengenai kepentingan literasi kewangan.

SOURCE: Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.