Najib Cadang Skim i-Survive RM5,000, i-Citra RM10,000

Najib Razak

KUALA LUMPUR : Kerajaan dicadang memperkenalkan skim i-Survive membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga RM5,000 kepada orang ramai.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia sebagai langkah membantu rakyat dan menaikkan aliran tunai dalam ekonomi negara.


“Mengambil kira kerajaan dikatakan tidak ada banyak duit untuk bantu rakyat, saya cadangkan skim i-Survive iaitu skim pinjaman mudah dengan caj perkhidmatan sebenar paling rendah sebanyak RM3,000 hingga RM5,000 pada setiap pemohon.

“Sesiapa daripada golongan B40, M40 boleh memohon kepada bank dan akan diluluskan secara automatik untuk dibayar terus ke dalam akaun pemohon dalam tempoh dua hingga tiga hari,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Najib yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, pinjaman itu akan disediakan oleh bank dengan jaminan penuh kerajaan dan caj perkhidmatan sebenar maksimum cuma tiga peratus bagi tempoh pembayaran balik tiga tahun.


Menurut beliau, kerajaan akan membantu pembayaran balik pada setiap tahun dengan geran atau potongan daripada Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

“Bank jangan bimbang tidak cukup dana untuk skim i-Survive kerana jika 10 juta memohon baru RM50 bilion iaitu tidak sampai 10 peratus daripada jumlah pinjaman diberi oleh bank pada hari ini.

“Sesungguhnya bank di Malaysia mencatatkan keuntungan tinggi walaupun dalam keadaan pandemik,” katanya.


Beliau seterusnya meminta kerajaan menaikkan pengeluaran wang KWSP menerusi skim i-Citra kepada RM10,000 dengan syarat kerajaan bersungguh menaikkan semula aset KWSP dengan memberi lebih banyak peluang perniagaaan kepada syarikat milik KWSP. – K! Online

SOURCE: Kosmo!

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.