Mayat bayi ditemukan dalam loji kumbahan

Hasil siasatan awal mendapati objek tersebut adalah mayat seorang bayi, bangsa tidak pasti dengan anggaran kematian bayi yang cukup sifat tersebut lebih daripada satu hari.

SEREMBAN: Mayat bayi lelaki ditemukan dalam keadaan terapung di dalam sebuah loji kumbahan di sebuah taman perumahan dekat sini pagi tadi.

lelaki itu memaklumkan telah terlihat satu objek terapung dipercayai seorang bayi yang telah meninggal dunia dalam loji kumbahan tersebut.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima satu laporan pada pukul 10.38 pagi tadi daripada seorang lelaki yang merupakan seorang pekerja pembersihan.


Katanya, lelaki itu memaklumkan telah terlihat satu objek terapung dipercayai seorang bayi yang telah meninggal dunia dalam loji kumbahan tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati objek tersebut adalah mayat seorang bayi, bangsa tidak pasti dengan anggaran kematian bayi yang cukup sifat tersebut lebih daripada satu hari.


“Oleh yang demikian, kes disiasat di bawah seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang bayi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian berkenaan boleh menyalurkannya kepada pihak polis,” katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.