Ini bukan cerita Pangako Sa 'Yo, tapi rezeki tak pernah salah alamat. ✨ Sebab tu jangan hina orang susah, boleh jadi esok dia pula yang ada kat atas kita.
Suatu ketika dahulu, gadis berpakaian lusuh ini bantu menyara keluarganya yang daif dengan menjadi pengemis di Bandar Lucban, Filipina.
Bapanya bekerja sebagai pengutip sampah, manakala si ibu pula hanyalah suri rumah yang turut menjaga 4 lagi adik-beradik lagi. Jangankan pergi sekolah, makan pun tak cukup kalau hendak mengharapkan hasil derma yang diperoleh saban hari.
Foto viral Rita Gaviola, 13, ini diambil oleh jurugambar Topher Quinto Burgos semasa perayaan Pahiyas Festival di bandar Lucban, Provinsi Quezon. (Foto dari halaman Facebook Topher Quinto Burgos)
Penangan viral gambar mengemis di jalanan…’Badjao Girl’ jadi sensasi internet
Namun begitu, hidupnya mula berubah apabila seorang jurugambar yang kebetulan menghadiri Festival Pahiyas di bandar itu pada Mei 2016 tertarik dengan ‘natural beauty‘ dimiliki remaja 13 tahun tersebut. Sekelip mata fotonya yang dirakam secara ‘senyap-senyap’ menjadi tular di internet, sekali gus digelar ‘Badjao Girl’ bersempena etnik asalnya.Sejak itu rezeki & populariti naik mendadak
Tuah ayam nampak di kaki, tapi tuah manusia siapa yang tahu. Semenjak itu, Rita Gaviola menarik perhatian ramai termasuklah beberapa ratu cantik tempatan yang sepakat membawanya keluar daripada belenggu kemiskinan. Selain terima banyak tawaran modelling, dia turut mencipta nama sebagai gadis termuda beraksi dalam rancangan realiti TV antarabangsa bertajuk ‘Big Brother‘ yang sekali gus melonjakkan lagi popularitinya.Intai gelaran Miss Universe pula tidak lama lagi
Baru-baru ini, Badjao Girl kembali menjadi bualan hangat di Filipina apabila menyatakan berita yang ditunggu ramai sejak dahulu lagi. Menerusi hantaran di Instagram, Rita menyuarakan hasrat untuk menjadi wakil negaranya dalam pertandingan ratu cantik terulung iaitu ‘Miss Universe’ tidak lama lagi.Sumber: IG itsritagaviola & CDN Digital
SOURCE: Ekin Sakuran Viral News
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.