Gabby Petito: Polis Jumpa Mayat Dipercayai YouTuber Yang Hilang Lepas Pergi Road Trip Dengan Tunang

http://beritaup2date.blogspot.com/ Subreddit Gabby Petito Dikunci/Disekat Setelah Polis Menjumpai Mayat Manusia Menyamai Deskripsi Gadis Tersebut
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Baru-baru ini kehilangan YouTuber Gabby Petito telah mengejutkan rakyat di Amerika Syarikat. Kehilangan wanita ini dilaporkan selepas 10 hari tunangnya pulang ke rumah sendirian setelah pergi merentas negara bersama-sama.


Halaman Reddit yang didedikasikan untuk mengungkap dan berkongsi maklumat mengenai Gabby Petito, seorang gadis berusia 22 tahun yang hilang - telah menyekat post baru setelah pihak berkuasa mengatakan bahawa mayat yang ditemui di Hutan Nasional Bridger-Teton, Wyoming konsisten dengan keterangan ciri wanita itu.


Sejak sehari selepas Petito dilaporkan hilang pada 12 September, subreddit tersebut telah menjadi tempat yang popular untuk membincangkan teori, maklumat, dan petunjuk mengenai kehilangannya, yang telah menghimpunkan kalangan pengguna berita dan media sosial.

Hanya dalam seminggu, forum itu telah mengumpulkan lebih dari 90,000 pelanggan. Menurut Subreddit Stats, sebuah laman web yang mengumpulkan data Reddit, ia mendapat purata lebih dari 6,400 komen sehari.


Petito hilang pada akhir Ogos setelah memulakan perjalanan darat lintas negara dengan tunangnya, Brian Laundrie. Menurut Newsday, pasangan itu memulakan perjalanan mereka pada 2 Julai dari Blue Point, New York, dan menyiarkan gambar di Instagram sepanjang perjalanan mereka.

Catatan terakhir Petito ditandai di Grand Teton National Park di Wyoming pada 24 Ogos sebelum akaunnya senyap sunyi daripada sebarang kemaskini perjalanan.

Temui mayat wanita di Wyoming


Selepas melakukan pencarian di tempat terakhir Gabby ini disyaki berada, pihak polis semalam akhirnya menemui mayat seorang wanita yang sepadan dengan keterangan yang diberikan tentang YouTuber itu, lapor Guardian.

Awal pagi hari ini (semalam) satu mayat telah ditemui dan iainya konsisten dengan deskripsi yang diberikan tentang Gabrielle ‘Gabby’ Petito. Siasatan forensik terhadap mayat yang ditemui masih belum sahkan yang mayat tersebut adalah Gabby, namun keluarganya telah pun diberitahu tentang penemuan ini.”




Selain itu, pihak polis juga masih belum menemui punca kematian.


Sejak dilaporkan hilang pada 11 September lalu, pihak berkuasa telah mencari Gabby di hutan negara di barat Wyoming dipercayai menjadi tempat terakhir YouTuber ini bercakap dengan keluarganya pada akhir Ogos lalu.


Saya ucapkan takziah ke atas keluarga Gabby dan meminta semua orang menghormati privasi keluarga ini pada saat yang sukar ini.

Tunang hilangkan diri




Tunang Gabby Petito, Brian Laundrie telah diisytiharkan sebagai suspek namun enggan memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk membantu mencari wanita tersebut.

Malah Jumaat lalu, ibu bapa Brian mengatakan yang mereka dah tak jumpa anaknya itu selama beberapa hari dan mendakwa yang anaknya itu hilang.

Namun keluarga Gabby mengeluarkan kenyataan mengatakan yang Brian tidak hilang tapi berada dalam persembunyian.

Sebelum ini, pihak polis menekankan walaupun Brian merupakan suspek kes kehilangan Gabby, tapi dia belum disyaki membuat apa-apa jenayah kerana belum mengetahui nasib wanita tersebut.


Pihak polis masih menjalankan pencarian mereka di atas kehilangan Brian ini.

SOURCE: Lobak Merah

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.