Dakwa Pergi Janda Baik Tak Perlu Surat Rentas Negeri, Polis Nafi & Siasat Kenyataan Vie Shantie
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai kenyataan selebriti media sosial, Vie Shantie Khan mendakwa tidak perlu surat kebenaran untuk rentas negeri dari Selangor ke Janda Baik, Pahang.Menafikan kenyataannya itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata individu yang yang merentas negeri atas tujuan tertentu masih perlu mendapatkan surat rentas negeri.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar
“Kalau berdasarkan kenyataan dia (Vie Shantie) memang salah untuk tujuan riadah tidak boleh daripada negeri Selangor dan kita masih mengguna pakai peraturan rentas negeri seperti sebelum ini.
“Saya akan semak dan siasat dahulu sebelum tindakan susulan dapat dibuat,” katanya.
Sebelum ini, Vie yang juga bekas isteri kepada aktor Datuk Eizlan Yusof ada memuat naik gambar bercuti di Janda Baik sekaligus mencetuskan persoalan netizen sedangkan masih belum diumumkan kebenaran merentas negeri.
Menerusi posting di Instagram, Vie berkata lokasi tersebut masih lagi di sempadan Selangor serta menasihati orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Tak perlu surat sebab di Plaza Tol Gombak masih lagi sempadan Selangor. Yang nak lintas negeri tetap kena ada surat ya. Yang penting ke mana pun kita pergi tetap harus menjaga jarak dan lengkap dua dos vaksin ok?,” tulisnya.
SOURCE: Oh Bulan!
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.