3.6 Juta Penerima BPR Fasa 3 Dapat Bantuan Selasa Ini – PM

Picture
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Bantuan BPR Fasa 3, rayuan dibayar mulai Selasa

PUTRAJAYA: Seramai 3.6 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 termasuk mereka yang diluluskan permohonan rayuan bakal menerima bantuan itu, mulai Selasa ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan yang melibatkan nilai RM2.82 bilion itu dijangka selesai dikreditkan ke dalam akaun penerima isi rumah dalam tempoh tiga hari sehingga 30 September ini.

Menurut beliau, untuk Fasa 3 ini, setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300.

“Ini termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Ismail Sabri berkata, pembayaran Fasa 3 itu adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dan rayuan bagi meringankan beban mereka.

Beliau berkata, kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sentiasa terbela.

Picture
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Jelas beliau, antara lain, beberapa bantuan tunai seperti Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) diberikan kepada penerima yang layak dengan pembayaran bantuan itu dijadual disalurkan pada bulan depan hingga Disember tahun ini.

“Penerangan lanjut berhubung pembayaran BPR Fasa 3 ini akan diperincikan Kementerian Kewangan.


“Keluarga Malaysia boleh merujuk kepada soalan lazim (FAQ) di portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya. -BH

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.