13 Polis, 2 Anggota Bomba & Komando Tentera Antara 62 ditahan Kerana Melanggar SOP Untuk Berpesta Di Disko

Picture
Pada 4 September, seramai 18 penjawat awam termasuk 16 anggota berpakaian seragam dari polis, bomba dan penyelamat, dan tentera ditahan setelah serbuan di sebuah pusat hiburan di Puchong

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

18 penjawat awam antara 62 individu ditahan ketika berpesta

Serdang: Keseronokan 62 individu termasuk 18 penjawat awam 'berpesta' di sebuah pusat hiburan di Puchong, di sini, terbantut apabila mereka ditahan dalam serbuan Operasi Hiburan (Op Hiburan), awal pagi sabtu.

Sumber FMT mengatakan 13 belas anggota polis, 2 anggota bomba dan seorang komando tentera adalah di antara 62 orang yang ditahan kerana melanggar sekatan Covid-19 di sebuah tempat hiburan di Bandar Puchong Jaya .

Ia melibatkan 1 koperal, 6 lans koperal dan 6 konstabel, termasuk seorang konstabel trafik wanita. Mereka berada di pelbagai unit di stesen yang berbeza.

Komando tentera yang berpangkat sarjan adalah pengiring bagi seorang pegawai tentera tertinggi di kementerian pertahanan sementara dua pegawai bomba dan penyelamat ditempatkan di Bukit Jalil dan Pudu.

Picture
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, hasil pemeriksaan dilakukan di dalam pusat hiburan terbabit mendapati premis itu dalam keadaan gelap serta lampu berkelip-kelip selain kedengaran muzik dimainkan dengan kuat.

"Malah, ada di antara pelanggan pusat hiburan itu yang sedang leka minum minuman keras.


"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 62 individu berada di dalam premis itu membabitkan lapan individu termasuk tiga wanita yang bekerja sebagai pengurus serta pelayan selain 28 pelanggan lelaki dan 26 pelanggan wanita.

"Daripada jumlah itu, seramai 18 penjawat awam dikenal pasti berada di dalam premis berkenaan," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Anbalagan berkata, hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan mendapati seorang lelaki positif dadah jenis methamphetamine, manakala selebihnya negatif dadah.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1955, Peraturan 16 Peraturan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1996 dan Seksyen 76 AKta Eksais 1976," katanya.

SOURCE: FMT , Harian Metro , Says article news title '13 Cops, 2 Firemen & An Army Commando Among 62 Caught For Breaching SOPs To Party At Disco'

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.