UPSI tawar Azizulhasni biasiswa PhD, jawatan pensyarah

PETALING JAYA – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan biasiswa serta jawatan pensyarah kepada jaguh berbasikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang berikutan pencapaian membanggakan pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun hari ini.



Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Md. Amin Md. Taff berkata, pencapaian Azizulhasni yang konsisten serta prinsip ‘Demi Malaysia’ beliau terlalu bermutu dan harus diraikan dalam semangat kecemerlangan pendidikan berteraskan realiti keinsanan.

“Tawaran ini adalah sebagai tanda penghormatan terhadap kecemerlangan luar biasa Azizulhasni yang sentiasa menjadi aspirasi dan motivasi kepada lebih 32 juta rakyat Malaysia.

“Kehadiran Azizulhasni ke UPSI pastinya dapat membantu negara dalam memantapkan pembangunan sukan basikal trek dan menjadi inspirasi kepada mahasiswa yang bakal menjadi guru dan jurulatih sukan di sekolah-sekolah di Malaysia mahupun antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, UPSI menawarkan peluang melanjutkan pengajian dan perjawatan pensyarah tersebut kepada Azizulhasni pada bila-bila masa sahaja sama ada selepas Olimpik Tokyo 2020 mahupun Olimpik Paris 2024.


UPSI tawar Azizulhasni biasiswa PhD, jawatan pensyarah
Tawaran itu membolehkan beliau melanjutkan pengajian secara Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) yang membawa kepada penganugerahan sijil kelayakan formal tertinggi sekali gus memberi peluang yang lebih cerah dalam perkembangan kerjaya individu.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.