Suami kepada arwah Siti Sarah Raisuddin, Shuib di perkarangan bilik mayat Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Bandar Tun Razak susulan kematian penyanyi Siti Sarah Raisuddin. |
“Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti buat solat hajat, sedekahkan bacaan Yasin dan semua doa untuk arwah isteri saya.”
Demikian ungkapan dan ucapan terima kasih pelawak Shuib buat semua yang tidak henti-henti mendoakan kesembuhan isterinya, Siti Sarah yang kritikal sejak tiga hari lalu.
Shuib berkata demikian menerusi satu video berdurasi 49 saat ketika berada di pekarangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), Cheras sebentar tadi.
“Terima kasih banyak-banyak untuk kasih sayang yang banyak ini. Teruskan mendoakan Sarah,” katanya dalam nada sebak.
Siti Sarah, 37, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM pada pukul 5.13 pagi tadi, selepas tiga hari ditidurkan akibat tahap oksigen yang menurun.
TANGKAP layar video Shuib mengucapkan terima kasih atas semua doa yang dititipkan ramai untuk arwah isterinya. |
Terdahulu, Sarah sekeluarga termasuk Shuib disahkan positif Covid-19 pada 25 Julai lalu.
Pasangan tersebut berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikuniakan tiga lagi cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, Selangor hari ini.