Terima kasih Abah! Sempoi, ambil kisah, suka mengusik buat rakyat sayang Muhyiddin yang bakal meletak jawatan isnin ini |
‘Terima kasih atas jasa mu, Muhyiddin’
Terima kasih Abah.
Rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih atas jasa dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Demikian antara ucapan warganet yang membanjiri platform media sosial Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri, hari ini.
Muhyiddin membuat pengumuman itu selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini, berhubung kedudukannya sebagai ketua kerajaan.
Muhyiddin diangkat sebagai Perdana Menteri (PM) kelapan pada 1 Mac 2020 dan menerajui negara berdepan cabaran pandemik Covid-19 bermula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020.
‘Terima kasih atas jasa mu, Muhyiddin’ |
“Semoga Allah membalas seluruh pengorbanan Abah selama ini dengan penuh keberkatan dariNya. Terima kasih Abah, sungguh hari ini adalah hari menyedihkan dan bersejarah untuk rakyat Malaysia,” tulis Nana Zainal Al-Walid.
“Abah demi Allah saya sayang abah. Seumur hidup saya tak pernah menangis sebab politik atau tukar PM. Saya tak pernah ambil tahu hal politik, tapi kali ini saya kalah menangis seperti kehilangan keluarga walaupun Abah tiada pertalian darah daging dengan saya.
“Yana doakan semoga Abah tetap pimpin kami. Semoga Allah sentiasa lindungi abah. Kami sayang abah tolong bantu kami,” tulis Lukashika Diana.
“Terima kasih Abah. Bantuan GKP dan moratorium amat bermakna bagi saya di saat Covid-19 melanda dan tak dapat menjalankan perniagaan. Saya sangat menghargai bantuan yang Abah berikan. Mohon maaf dan terima kasih,” tulis Jannah Azaman.
Selain itu, pemilik akaun dengan nama Carollyna Danny TG pula mengucapkan terima kasih kerana berusaha sedaya upaya sepanjang Covid-19 dan berjuang bersama rakyat selama hampir dua tahun.
Selain itu, Gana Sebastian, Lim Boon Leong dan Nurul Nabila Atira Najri turut mengucapkan terima kasih dan menyifatka
Di hujung pemerintahan beliau, Kes Covid-19 kategori 3 hingga 5 menurun di 3 negeri & 3 Wilayah hasil pelbagai keputusan vaksinasi yang dirancang bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan memberikan portfolio kepada Khairy Jamaluddin, sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia untuk mengendalikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) hingga ke hari ini.
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menunjukkan perkembangan awal positif dengan penurunan bilangan kes kategori 3 hingga 5 di 3 negeri meliputi Negeri Sembilan, Sarawak dan Selangor selain kesemua 3 Wilayah Persekutuan.
Seperti yang dijangkakan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia sekiranya ada kekurangan sepanjang berkhidmat sejak 10 Mac tahun lalu.
Menerusi dua rakaman video versi bahasa Melayu dan Inggeris masing-masing berdurasi 8 minit 45 saat dan 7 minit 12 saat itu, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak.
“Saya mengambil peluang di sini untuk memohon maaf kepada sesiapa yang ada pengalaman buruk dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dilancarkan kerajaan.
Khairy mohon maaf jika ada kekurangan sepanjang berkhidmat |
Nada agak sayu beliau yang juga Menteri Penyelaras PICK ketika berucap itu menimbulkan spekulasi adakah ini adalah hari terakhir Khairy, 45, bertugas secara rasmi sebagai menteri.
Malah sepanjang ucapan tersebut beliau lebih banyak mengulangi perkara yang sama sudah dilaporkan pihak media tempatan sebelum ini mengenai pelbagai isu berkaitan dengan PICK.
Penampilan beliau itu seperti beri isyarat awal pengunduran dirinya susulan spekulasi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan esok.
Berdasarkan peruntukan Perlembagaan, peletakan jawatan ketua kerajaan akan melibatkan kesemua anggota jemaah Kabinet pun kehilangan jawatan masing-masing secara automatik.
Untuk terakhir kalinya beliau sempat memberikan petunjuk untuk memberikan situasi keadaan jangkitan COVID-19 di Malaysia sebelum mengundur diri
Buat pertama kalinya, tidak ada kes jangkitan baharu Covid-19 yang dilaporkan di Labuan semalam dengan data daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) bagi hospital juga menunjukkan situasi di Jabatan Kecemasan di Lembah Klang bertambah baik.
“Contohnya, purata pesakit yang menunggu di Jabatan Kecemasan untuk ditempatkan ke wad pesakit bagi hospital KKM di negeri-negeri Lembah Klang juga telah menurun.
“Pada 31 Julai, purata sehari pesakit yang menunggu di Jabatan Kecemasan adalah 909 orang dan jumlah itu menurun kepada 239 orang pada 13 Ogos hasil perancangan rapi kerajaan dan pelaksanaan strategi oleh KKM serta kesan vaksinasi,” katanya dalam kenyataan pengumuman kemudahan sektor ekonomi kepada individu lengkap divaksin hari ini.
Perdana Menteri berkata, beliau berharap trend penurunan sama dapat diteruskan untuk mengurangkan beban kes Covid-19 yang serius serta kemasukan pesakit ke Unit Rawatan Rapi (ICU) yang memerlukan rawatan lebih rumit dan memakan tempoh lebih panjang berbanding di wad biasa.
Muhyiddin diberi jolokan 'Abah'. |
Kenangan Bersama Pentadbiran abah pada sepanjang 100 hari permulaan pentadbiran beliau yang lalu
Kaca mata rakyat sering melihat seseorang yang bergelar pemimpin lebih-lebih lagi jika berstatus nombor satu pastinya sibuk dengan urusan negara, mana mungkin 'ambil kisah' cerita-cerita rakyat biasa di media sosial atau mengusik mereka.Namun, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan walaupun sibuk merencana pelbagai perancangan sepanjang 100 hari pentadbirannya ditambah pula negara berdepan penularan pandemik COVID-19, sifat kebapaan beliau terserlah sehingga diberi jolokan 'Abah' kerana mengambil tahu bermacam-macam hal rakyat yang dikongsikan di media sosial.
Lihat sahajalah bagaimana perdana menteri kelapan itu sejak dilantik ke jawatan itu pada 1 Mac lepas, bukan setakat bersahaja ketika menyampaikan perutusan mahupun pengumuman berkaitan COVID-19, tetapi turut menyelitkan isu-isu yang mendapat tempat di hati rakyat seperti kumpulan Facebook 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni'.
MUHYIDDIN Yassin (dua, dari kiri) melambai kepada pengamal media yang berada di luar kediaman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Rusila, Marang, Terengganu. |
"Bukan (perdana menteri) sebelum ini tidak bagus, semua ada pendekatan masing-masing, tetapi bila ini (Muhyiddin) usik isu yang kita anggap mungkin tidak penting, ia sangat mengejutkan, mengiktiraf usaha rakyat untuk mengisi masa semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac.
Kepedulian Muhyiddin terhadap isu-isu warganet bukan itu sahaja, malah beliau telah mengejutkan rakyat apabila menghadiahkan tripod kepada YouTuber suami isteri yang menggunakan nama 'Sugu Pavithra' dalam tempoh empat hari selepas Bernama menyiarkan kisah pasangan itu pada 8 Mei.
Penerima, M.Sugu, 29, dan S.Pavithra, 28, yang tinggal di kuarters milik sebuah syarikat perladangan di Sungai Siput, Perak bukan sahaja terkejut, malah tidak percaya perdana menteri akan memberikan hadiah kepada mereka berserta kad ucapan dengan kata-kata semangat.
"Siapalah kami ini untuk dapat hadiah daripada perdana menteri. Kami sangat berterima kasih, tidak sangka perdana menteri tahu mengenai kami walaupun beliau sibuk," kata Pavithra yang popular dengan masakannya kini mempunyai seramai 626,000 pelanggan akaun YouTube.
Perkongsian Sugu Pavithra mengenai hadiah daripada Muhyiddin menerima pelbagai reaksi daripada warganet antaranya Awie Amri yang menulis "Siapa sayang PM terbaru kita like sikit" dan Muhamad Syafiq Ahmad Zainal menyatakan "Perdana Menteri kita sporting dan kelakar," tulisnya di ruangan komen.
Muhyiddin membuktikan walaupun sibuk merencana pelbagai perancangan sepanjang 100 hari pentadbirannya. |
Tidak ketinggalan mencuit hati rakyat apabila Muhyiddin ketika dalam perutusan khas Pakej Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (Tambahan) pada 6 April secara berseloroh menyatakan beliau tahu terdapat pihak yang mengubah ucapannya menjadi lagu rap.
Remix 'ke sana, ke sini' itu dihasilkan oleh Bass Agents terdiri daripada dua individu iaitu Nick Chia dan Chia Khoo Hoong yang menyatakan "Kami fikirkan ia mungkin kelakar apabila menggabungkan suara perdana menteri dalam muzik kami untuk tingkatkan kesedaran," tulis mereka di laman Instagram.
Gurauan perdana menteri yang beliau juga tahu ada suami memakai baju kelawar isteri serta ada yang berbasikal di dalam rumah semasa PKP bukan sahaja menghiburkan rakyat, malah merasakan dekat di hati walaupun beliau hanya berucap di kaca televisyen.
"Saya harap ini bukanlah kejadian yang pelik atau buang tabiat orang kata. Ini adalah sebahagian daripada aktiviti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah (kerana PKP)," kata Muhyiddin.
Bersempena hari lahir ke-73 beliau pada 15 Mei lepas, rakyat Malaysia daripada semua kaum mempamerkan rasa sayang kepada perdana menteri dengan mengucapkan Selamat Hari Lahir dan mendoakan kesejahteraan beliau menerusi pelbagai platform media sosial milik perdana menteri.
Fatin Nazira Ammir Hamzah antaranya melontarkan ucapan "Selamat hari lahir untuk Abah...semoga Abah sentiasa dalam lindungan dan rahmat kasih sayang Allah SWT, terus kuat dalam memimpin Malaysia semampu Abah".
Lee Seong Boon pula mengucapkan "Terima kasih PM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Selamat Hari Lahir kepada anda. Semoga Tuhan sentiasa merahmati anda", manakala Mageswari Murugiah mengucapkan "Selamat Hari lahir Tan Sri, Perdana Menteri yang terbaik untuk rakyat dalam waktu sukar ini".
Ternyata sikap bersahaja, sempoi dan 'usik' isu warganet telah berjaya meletakkan Muhyiddin di hati rakyat pelbagai kaum. Terima kasih Abah!.