Sebuah Rumah Dilaporkan Terbakar, Telefon Pintar YES Didakwa Menjadi Suspek Utama

Sampai rumah terbakar 🤯😢



Seorang pengguna Twitter telah berkongsikan sebuah kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah rumah yang dialami oleh sebuah keluarga.

Pengguna Twitter :|@satypls mendakwa, kejadian tersebut berlaku beberapa hari lalu yang juga merupakan jirannya.

Malah menerusi Twitternya itu beliau mendakwa telefon pintar percuma YES disyaki sebagai punca kepada berlakunya kebakaran rumah tersebut.

Malah dalam tulisannya lagi di platfom itu mendakwa, telefon pintar YES itu sedang dicas dan diletakkan di atas bantal.


Kapsyen: Kredit: Twitter :|@satypls
Menyebabkan pemilik terlupa untuk mematikan pengecas sehingga menyebabkan berlakunya kebakaran yang memusnahkan rumah tersebut.



Sumber: Twitter :|@satypls

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.