Terdahulu, Ismail Sabri yang dipilih sebulat suara oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam mesyuarat malam semalam, sebagai calon Perdana Menteri mewakili Perikatan Nasional (PN).
Namun, perkembangan terbaharu ini menyebabkan peluang Naib Presiden Umno dan PN membentuk kerajaan baharu masih belum selamat susulan kehilangan 18 sokongan daripada Ahli Parlimen GPS.
Sebelum ini, PN didakwa memiliki majoriti tipis iaitu 115 setelah 15 Ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari kembali menyokong Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri baharu.
Hari ini, media melaporkan Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa gabungan itu kekal dengan pendirian untuk tidak mencampuri urusan pemilihan Perdana Menteri ke-9.
Katanya, kuasa itu diserahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Berikut adalah angka yang kita ketahui setakat ini berdasarkan pengumuman rasmi parti masing-masing. |
Menurut Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing, ini kerana jika seseorang calon dinamakan, ia dipilih berdasarkan sokongan dalam sesebuah parti demi mencapai kestabilan.