Lelaki Maut Jatuh Kereta Kabel Setinggi 50 Kaki, Saksi Ingat Gimnas Profesional Buat Aksi ‘Lagak Ngeri’

50 kaki lebih kurang ketinggian bangunan 5 atau 6 tingkat😢



JATUH dari tempat tinggi boleh mengakibatkan kecederaan parah.

Apatah lagi pada ketinggian 50 kaki, jika dihitung, ia adalah anggaran ketinggian sebuah bangunan lima tingkat!

Berita seorang lelaki maut apabila terjatuh daripada kereta kabel di sebuah taman tema di Utah, Amerika Syarikat menjadi tular.

Lebih menyedihkan, dia yang berpaut pada bahagian penghadang keselamatan kereta kabel berkenaan sempat dirakam orang ramai yang menyangka dia sedang melakukan stunt atau ‘lagak ngeri.’


Melalui rakaman video, lelaki berkenaan kelihatan tenang, tidak menjerit meminta tolong sekalipun hampir terjatuh daripada kereta kabel berkenaan.
Menurut saksi, mereka menyangka lelaki berkenaan gimnas profesional atau pelakon lagak ngeri yang sedang beraksi.

Namun, tidak lama selepas dirakam, lelaki berkenaan jatuh pada ketinggian 50 kaki.


Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital Universiti Utah menaiki helikopter dalam keadaan kritikal.
Daily Mail melaporkan polis Utah dalam kenyataannya berkata lelaki bekenaan mengunjungi taman tema Lagoon Amusement Park bersama ahli keluarganya.

Bagaimanapun dia dilihat menaiki kereta kabel seorang diri.

Susulan itu, kemalangan yang berlaku Sabtu lalu itu kekal misteri.

Siasatan dan pemeriksaan yang dilakukan sistem dan kereta kabel berkenaan tidak menunjukkan sebarang kerosakan.



Kejadian berkenaan menyebabkan trauma kepada pengunjung taman berkenaan. Ada yang mendakwa sehingga menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam.

Sumber: Daily Mail, ksl.com, abc Local News 8

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.