Muhyiddin Belum Sedia Letak Jawatan, Dakwa Mahu Sekat ‘Kleptokrat

Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. Yasin



Muhyiddin yakin pasukan barisan hadapan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia dan pasukan keselamatan mempunyai kapasiti dan kepakaran untuk menangani situasi ini dengan baik.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin belum sedia meletakkan jawatan kerana merasakan beliau bertanggungjawab untuk menghalang sekumpulan individu dikatakan “kumpulan kleptokrat” berkuasa.

Menegaskan beliau tidak berhasrat untuk terus berkuasa ketika sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat terhadapnya menjadi pertikaian, Muhyiddin mendakwa dirinya mempunyai tanggungjawab untuk “tidak membiarkan kumpulan kleptokrat” memerintah.

Presiden Bersatu itu bagaimanapun tidak menamakan individu dalam “kumpulan kleptokrat” itu. Gelaran tersebut sebelum ini dikaitkan dengan beberapa individu dalam Umno.

Bagaimanapun kalangan pemimpin Umno menolak tuduhan itu, dan menyifatkan Muhyiddin sebagai gagal menangani krisis ekonomi dan kesihatan awam negara.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.