Rabu lalu, Tauke tampil menafikan dirinya ditahan polis dan menegaskan orang yang memetik namanya adalah gila. |
Jika sebelum ini pelawak Tauke (Jambu) atau nama sebenar Zamatul Amri Zakaria, menafikan dirinya ditahan polis atas dakwaan terbabit dalam kes pemerdagangan manusia, semalam beliau tampil membuat pengakuan ada ditahan polis baru-baru ini, namun tiada kaitan dengan aktiviti jenayah itu.
Pengakuan itu dibuat oleh Tauke melalui akaun Instagramnya pada Sabtu, 7 Ogos 2021, yang turut dikongsikan semula oleh isterinya, Nadia Mohd Effendi.
"Kepada yang tidak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telah pun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut," katanya.
Rabu lalu, Tauke tampil menafikan dirinya ditahan polis dan menegaskan orang yang memetik namanya adalah gila. Sedangkan dia berada di rumahnya dalam keadaan baik dan tiada apa yang perlu dirisaukan.
"Rasa kelakar pula bila nama saya dikaitkan dalam perkara ini," katanya.