Mayat mangsa rogol, liwat ditemui bawah katil

Seorang wanita ditemui mati dibunuh dalam kediamannya di Taman Seruling Emas, Sungai Jawi Pulau Pinang

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)




JAWI – Polis Pulau Pinang berjaya menyelesaikan satu kes rogol, liwat dan bunuh seorang wanita dalam tempoh kurang tiga jam.

Pembunuhan itu terbongkar selepas orang awam serta jiran mangsa melihat seorang lelaki mencurigakan di halaman kediaman dua tingkat mangsa di Taman Seruling Emas, Sungai Jawi semalam.

Mayat wanita itu ditemui di bawah katil dalam keadaan tidak berbaju selepas pihak keluarga meminta bantuan polis membuat pemeriksaan di kediaman tersebut susulan tiada kelibat mangsa.

MalaysiaGazette difahamkan, rumah teres dua tingkat tersebut mempunyai empat bilik dan mangsa berusia 40 tahun itu ditemui di bilik tidurnya di tingkat bawah kediaman.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat mangsa di bawah katil pukul 7.20 malam sebelum sepasukan polis dikerahkan ke lokasi kejadian.

Picture
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat

Berdasarkan maklumat awal, saksi mendakwa dia mempunyai janji temu dengan mangsa pada pukul 3 petang sebelum melihat kelibat seorang lelaki keluar dari rumah tersebut dengan menunggang sebuah motosikal.

“Saksi memaklumkan perkara tersebut kepada kakak mangsa sebelum kakaknya mengarahkan kenalan terdekat untuk membuat pemeriksaan di kediaman adiknya itu.

“Sebaik tiba di lokasi, kenalan tersebut melihat pintu rumah mangsa dalam keadaan terbuka dan dia terus menghubungi Balai Polis Sungai Bakap untuk bantuan lanjut.

“Anggota polis dari balai berkenaan tampil untuk membuat pemeriksaan bersama sebelum menemui mangsa di bawah katil dalam keadaan terbaring selain rumahnya berselerak,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Menurut beliau, bertindak atas risikan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan berjaya mengesan dan memberkas suspek yang terlibat dalam kes tersebut.

Picture
Pihak polis dan forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian seorang wanita mati dibunuh.

“Suspek berusia 29 tahun yang ditahan di Changkat Sungai Jawi itu mengaku hisap syabu sebelum ceroboh rumah mangsa pada 3 pagi dengan memanjat tembok belakang sebelum masuk melalui tingkap.

“Suspek dikatakan menghampiri mangsa yang sedang tidur sebelum merogol dan meliwatnya. Suspek bertindak sumbat seluar dalam ke dalam mulut mangsa sebelum menutup mulutnya dengan tangan apabila dia cuba melawan dan menjerit.

Picture
Pihak forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

“Selepas beberapa lama mangsa tidak bergerak dan disyaki telah meninggal dunia dan suspek dikatakan masih merogol dan meliwat mangsa beberapa kali selepas itu,” ujar beliau.

Khidmat Unit K9 turut digunakan bagi membantu siasatan. Tambah Chong Chern, susulan itu, suspek bertindak menyembunyikan mangsa di bawah katil sebelum melarikan wang tunai, telefon bimbit serta loket milik mangsa.

“Pihak forensik telah mengambil 25 sampel di lokasi kejadian.

Picture
Khidmat Unit K9 turut digunakan bagi membantu siasatan.

“Semakan juga mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelas Chong Chern. – MalaysiaGazette

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.