Malaysia kesan 43 lagi kes baru varian Delta

43 lagi varian Delta dikesan



PUTRAJAYA: Sebanyak 43 lagi kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang kesemuanya adalah varian yang membimbangkan (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2).

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan berkata, ia dikesan melalui kajian berterusan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI) adalah sebanyak 710 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 690 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.


Varian Delta dengan mutasi berganda atau B.1.671.2 pertama kali dikesan di India. Varian ini paling bahaya setakat ini dan menjadi dominan di Malaysia serta seluruh dunia. Semua vaksin COVID-19 masih berkesan terhadap varian ini.
“Sehingga kini, secara keseluruhan bagi VOC, terdapat sebanyak 467 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha, manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa, dan tiga kes varian Eta,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.