Lengkap 2 dos vaksin tak bermakna perlu beri kelonggaran

Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata kerajaan harus berhati-hati dalam memberi kelonggaran secara terburu-buru.

Usah terburu-buru, ambil iktibar luar negara longgar penerima 2 dos



Malaysia harus mengambil iktibar daripada beberapa negara yang menyaksikan peningkatan kes Covid-19 selepas memberi kelonggaran terhadap penerima lengkap dos vaksin, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata beberapa negara di Eropah dan Amerika Syarikat sudah membenarkan aktiviti sosial dilakukan selepas mencapai kadar vaksinasi yang tinggi.

Bagaimanapun, negara itu mungkin melakukannya terlampau awal apabila ia kini mencetuskan peningkatan kes.

“Kita harus mengambil pengajaran daripada beberapa negara ini. Walaupun mereka yang menerima dua dos vaksin lebih dilindungi daripada dijangkiti Covid-19 secara serius, tetapi ia tidak bermakna kita harus memberi kelonggaran secara terburu-buru,” katanya dalam sidang media.

Hishamshah berkata kerajaan meneliti perkara itu secara berhati-hati kerana ingin memastikan negara meningkatkan kadar vaksinasi dan terus mengamalkan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.


HISHAMSHAH Mohd. Ibrahim ketika sidang akhbar khas Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.
“Varian dominan ketika ini lebih mudah tersebar dan berjangkit. Jadi, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial harus sentiasa diamalkan serta elak berkumpul beramai-ramai.”



Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata kelonggaran SOP tertentu kepada mereka yang menerima suntikan lengkap dos vaksin akan diumumkan dalam tempoh dua hari lagi.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr Chong Chee Keong, yang mengetuai Pasukan Petugas Khas Lembah Klang, berkata kementerian merekodkan kira-kira 80 hingga 100 kes kematian sebelum tiba ke hospital (BID) setiap minggu.

“Kami menganalisa kes BID dan mendapati 80% daripadanya tidak pernah didiagnos dijangkiti Covid-19. Ini adalah kumpulan individu yang sama ada tidak mempunyai akses untuk didiagnos atau ada sebab tersendiri apabila tidak datang membuat ujian,” katanya sambil menjelaskan sejumlah besar kes ini terdiri daripada warga asing.

Chong berkata terdapat kadar penerimaan yang tinggi dalam kalangan orang ramai selepas kementerian memulakan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) secara maya sejak seminggu lalu.

Bagaimanapun, beliau mendedahkan separuh daripada mereka yang dipantau oleh CAC secara maya itu tidak melengkapkan penilaian kesihatan pada aplikasi MySejahtera.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia, Dr Steven Chow berkata, angka terbaharu Covid-19 tidak mencerminkan prestasi yang baik kepada Malaysia dalam mengawal pandemik.

Beliau dalam kenyataan mendakwa pesakit kritikal di Lembah Klang terpaksa menunggu ambulans sehingga empat jam sebelum dihantar ke beberapa hospital untuk mencari katil kosong.

Beliau menggesa seluruh komuniti dan pemimpin masyarakat sivil menganjurkan rangkaian jagaan kecemasan setempat untuk menyediakan bantuan perubatan kepada kes Covid-19 di kawasan mereka.

“Intervensi perubatan segera harus diberikan kepada mereka dalam tempoh pertama ketika menunggu dipindahkan ke hospital. Ini adalah langkah kritikal bagi mengelakkan penyakit tidak dapat dipulihkan dan mengurangkan kes BID,” katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.