Ismail Sabri bersemuka dengan Muhyiddin pertama kali sebagai Perdana Menteri

Ismail Sabri (kiri) bertentang mata dengan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri



PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas pulang dari Istana Negara petang tadi.

Menurut Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ismail Sabri atas pelantikannya ke jawatan tersebut.

“Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya-Allah akan terus membantu kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara.

“Saya mendoakan semoga YAB Datuk Seri Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan,” katanya menerusi satu entri di Facebooknya sebentar tadi.

Ahli Parlimen Bera, itu kini sah dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan di Istana Negara hari ini.

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan, mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia itu bermula kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Pada majlis tersebut, Ismail Sabri membacakan sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.