Kentut Merupakan Perkara Normal |
Baru-baru ini Dr Amalina ada berkongsikan mengenai beberapa fakta mengenai kentut di halaman Instagram miliknya. Satu perkongsian yang menarik!
via Rojak Daily |
Kentut Merupakan Perkara Normal
Dalam perkongsian tersebut, Dr Amalina menyatakan bahawa kentut adalah perkara normal untuk semua golongan manusia. Tidak kira anda seorang selebriti terkenal, model terkenal mahupun seorang permaisuri, secara purata manusia akan kentut sekitar 5 ke 15 kali dalam masa sehari.Tidak Semua Kentut Berbau Busuk
Percaya atau tidak, 99% daripada kentut yang dihasilkan tidak berbau dan sekiranya kentut anda berbau, ini adalah disebabkan oleh kandungan makanan yang mengandungi sulfur seperti brokoli dan kobis.Antara lainnya disebabkan oleh pengambilan makanan yang mengandungi laktosa, kekacang, ubat ubatan dan juga masalah sembelit.
Kentut Berbau Boleh Di Elakkan
via Malay Mail |
Dr Amalina juga menyarankan berjumpa dengan doktor bagi sesiapa yang mengalami masalah kentut yang teruk, sentiasa sembelit, penurunan berat badan yang mendadak dan najis yang mempunyai kesan darah.
Semoga perkongsian Dr Amalina ini memberi manfaat kepada kita semua.