Berebut duit loteri RM8.5j, suami tembak mati isteri, anak sebelum bunuh diri

Barang Panas alih-alih duit tidak dinikmati, ketiga-tiga hilang nyawa



OKLAHOMA: Seorang lelaki tergamak menembak mati isteri dan anak perempuannya yang berusia satu tahun selepas menang loteri berjumlah AS$2 juta (RM8.5 juta).

Tiffani Hill, 31, dan anak perempuannya, Leanne ditembak mati oleh suaminya, John Donato, 42, sebelum dia membunuh diri.

Pihak berkuasa Oklahoma memaklumkan, Leanne pada mulanya terselamat dalam insiden tersebut sebelum keadaannya menjadi tenat dan akhirnya meninggal dunia.

Menurut polis, kejadian itu berlaku di rumah pasangan suami isteri tersebut pada 30 Julai lalu dan tiga lagi anak mereka yang turut berada di rumah ketika insiden berlaku tidak mengalami sebarang kecederaan.

Donato dikatakan bercadang untuk bunuh Tiffani susulan pertikaian yang timbul selepas wanita itu memenangi loteri berbilai AS$2 juta pada November tahun lalu.

Tiffani dilaporkan memenangi loteri beberapa bulan sebelum berkahwin dengan Donato.

Ahli keluarga Tiffani mendakwa lelaki tersebut sering memukul wanita itu dan hubungan mereka sudah sampai ke penghujung.

Anak-anak Tifanni kini diletakkan di bawah penjagaan pusat kebajikan. – AGENSI

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.