Bayi paling kecil pernah dilahirkan, dibenarkan keluar hospital

KWEK Yu Xuan dibenarkan keluar hospital selepas rawatan intensif selama 13 bulan. - NUH



SINGAPURA: Seorang bayi yang dipercayai paling kecil pernah dilahirkan di dunia, dilaporkan sudah keluar dari sebuah hospital di republik ini selepas menjalani rawatan insentif selama 13 bulan.

Lapor BBC, Kwek Yu Xuan memiliki berat 212 gram, umpama berat sebiji epal, dan 24 sentimeter ketinggian ketika dilahirkan.

Yu Xuan dilahirkan ketika usia kandungan ibunya hanya kurang daripada 25 minggu.

Pemegang rekod sebelum ini merupakan bayi perempuan dari Amerika Syarikat (AS) yang hanya mempunyai berat 245 gram ketika dilahirkan pada tahun 2018.

Ibu bayi itu melahirkan Yu Xuan menerusi pembedahan empat bulan lebih awal daripada tarikh ditetapkan selepas didiagnosis dengan pra-eklampsia.

Yu Xuan kini mempunyai berat badan sebanyak 6.3 kilogram (kg).

Menurut National University Hospital (NUH) Singapura, bayi perempuan itu mempunyai peluang hidup yang amat terhad ketika dilahirkan.

“Di sebalik kemungkinan dan komplikasi kesihatan ketika dilahirkan, bayi itu memberi inspirasi kepada semua di sekelilingnya dengan ketabahannya,” jelas NUH dalam kenyataan.

Sepanjang berada di hospital, Yu Xuan diberi pelbagai jenis rawatan dan bergantung pada banyak mesin itu bertahan. – AGENSI

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.