Polis tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang masih berdegil menganjurkan atau menyertai perhimpunan, kata Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah. |
Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan #Lawan pada 21 Ogos ini, kata Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata polis telah mengambil maklum terdapat pihak yang merancang untuk mengadakan perhimpunan jalanan itu dan menyifatkan tindakan sedemikian sebagai tidak bertanggungjawab.
“Ini kerana (ia) melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah Pelan Pemulihan Negara serta membelakangkan keselamatan kesihatan dalam senario semasa penularan wabak Covid-19.
“Polis meminta orang ramai untuk tidak menyertai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang serta SOP yang sedang berkuat kuasa demi keselamatan kesihatan umum,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Polis memanggil 21 orang yang menyertai bantahan #Lawan pada 21 Julai lalu untuk memberi keterangan. |