Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turut mengakui, beliau masih boleh menjadi calon Perdana Menteri bagi PH |
PETALING JAYA: Keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan Perdana Menteri hari ini disambut baik dan akan membuka ruang ke arah perubahan buat negara.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak bertenang dan berdoa supaya Malaysia kembali bangkit kuat dalam menghadapi tantangan kesihatan dan ekonomi saat ini.
“Saya ucap terima kasih atas khidmat beliau pada negara,” kata Presiden PKR itu dalam hantaran Facebook beliau hari ini.
Terdahulu Muhyiddin memaklumkan beliau menyembah warkah surat peletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Anwar mohon semua pihak bertenang |