DAP gesa Anwar dan Shafie kerjasama 'kembalikan' mandat PRU14 |
Di tengah spekulasi berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan calon penggantinya, DAP menggesa ketua pembangkang Anwar Ibrahim dan presiden Warisan Shafie Apdal untuk bersama-sama menuntut kembali mandat Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan baru.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, harus ada alternatif sebenar yang dikemukakan bagi melawan apa yang didakwanya sebagai salah tadbir kerajaan PN.
“PH bersama blok pembangkang yang terdiri daripada 105 ahli parlimen tidak harus membazir masa, tetapi mengguna pakai pendekatan 'khemah besar' untuk menuntut semula mandat sebagai kerajaan yang dipilih secara berperlembagaan oleh rakyat.
“Hanya dengan bermula dengan (bilangan) asas 105 ahli parlimen pembangkang, (barulah) ahli-ahli parlimen PH Plus boleh menuntut semula mandat PRU 2018 yang dirampas oleh kerajaan pintu belakang terdiri daripada parti yang ditolak rakyat,” kata Lim dalam kenyataan hari ini.
Katanya, Anwar dan Shafie menggalas tanggungjawab untuk bekerjasama bagi mengembalikan mandat tersebut kepada rakyat, seperti ketika PH dipilih dalam PRU14 dahulu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng |
Muhyiddin telah menyampaikan hasrat untuk meletakkan jawatan ketika dia bertemu ahli-ahli parlimen Bersatu di ibu pejabat PN pagi ini, menurut menteri di Jabatan Perdana Menteri (tugas-tugas khas), Mohd Redzuan Md Yusof.
Anwar Perlu berkorban Shafie Apdal Calon Perdana Menteri ke-9 |