Pengarah, Michael Ang |
Pengarah sensasi, Michael Ang meminta rakyat Malaysia berhenti menyalahkan kerajaan dan menasihati semua agar mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 untuk keselamatan bersama.
Mengambil iktibar dengan nasib yang menimpa pembantu rumahnya, Michael berkata rakyat Malaysia perlu menghargai kemudahan pemberian vaksin secara percuma yang disediakan di negara ini.
“Oh rakyat Malaysia, tak payah la memekak kerajaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, dan Khairy Jamaluddin gagal ya.
“Pembantu rumah saya baru menangis-nangis nak pijam RM5,000 dari saya sebab tiga anak dia kena Covid-19 di Filipina. Saya baru tahu yang di sana tak ada Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) atau vaksin secara besar-besaran ya! Semua kena bayar.
“Renung-renungkan la sebelum memekak! Sila pergi vaksin ya selagi masih percuma!” tulisnya di Instagram.
Dalam perkongsian sama, Michael menitipkan nasihat kepada semua agar menjaga diri dan orang yang tersayang dengan mendapatkan suntikan vaksin.
“Jaga la diri anda dan orang yang tersayang dan bersyukur la apa yang kita ada di Malaysia ini.
“Ini adalah virus dan semua orang sedang mencuba yang terbaik. Tidak ada siapa nak benda ini berlaku,” tulisnya lagi.