400 doktor berhenti

KEBANYAKAN pegawai perubatan yang berhenti disebabkan mental tertekan dan terlalu letih mengharungi pandemik Covid-19.



Seramai 400 orang doktor lantikan kontrak di seluruh negara terutamanya di Lembah Klang mengambil keputusan berhenti sejak Januari lalu akibat terlalu letih dan mengalami tekanan mental mengharungi tempoh pandemik Covid-19 yang panjang.

Mereka didakwa berhenti kerja susulan peningkatan kes Covid-19 dan terlalu penat dengan bebanan kerja yang dihadapi sejak wabak penyakit itu semakin mengganas dalam negara tanpa dikawal dengan baik.

Malah, isu kekurangan tenaga kerja dan hospital-hospital yang penuh sehingga tidak lagi dapat menampung pesakit Covid-19 terutamanya di Lembah Klang turut menjadi punca tindakan itu.

Menurut kenyataan dalam akaun Twitter, Hartal Doktor Kontrak, sistem kesihatan awam semakin dilihat gagal berdasarkan tiga petanda utama yang membimbangkan sejak kebelakangan ini.

“Pertama hospital semakin penuh dan terpaksa mengarahkan mereka ke hospital lain atau menolak kemasukan pesakit.


Hartal Doktor Kontrak memastikan ada doktor ganti yang bertugas sebelum mereka bergerak keluar, selain sedia kembali bertugas jika timbul keperluan.
“Kedua, semakin ramai doktor yang menyerah kalah dan berhenti kerja dan ketiga semakin ramai yang maut akibat Covid-19 di jalanan. Sampai bila baru kita akan tersedar?,” katanya hari ini.

Dalam ciapan berasingan, akaun tersebut turut menunjukkan surat berhenti kerja oleh seorang doktor perubatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor disebabkan status kontrak dan terlalu penat.

Semalam sahaja sebanyak 212 kes kematian dengan 1,095 kes ICU dilaporkan di Malaysia


Difahamkan sejak dua minggu lalu, kira-kira 15 doktor berstatus kotrak berhenti kerja ketika kes Covid-19 sedang melonjak naik dan negara berhadapan dengan kemungkinan fasiliti kesihatan bakal lumpuh jika situasi semakin tidak terkawal.

Nota yang tular di sebuah hospital kerajaan yang memaklumkan wad Covid-19 telah penuh baru-baru ini


Pada 1 Julai lalu, doktor kontrak di seluruh negara menegaskan akan menjalankan mogok pada 26 Julai ini jika dua tuntutan yang dikemukakan dalam Memorandum Gerakan #Hartal tidak diselesaikan kerajaan dalam tempoh ditetapkan.

Hartal Doktor Kontrak berkata, tindakan drastik itu akan diambil sekiranya kerajaan tidak memenuhi tuntutan berkenaan dan tidak ada hitam putih mengenainya dalam tempoh tiga minggu ini.

Antaranya pihaknya menuntut kerajaan menawarkan pelantikan tetap kepada semua pegawai perubatan lantikan kontrak sedia ada dan memohon penjelasan terperinci kriteria pelantikan tetap

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.